Isnin, 11 Januari 2010

kenapa bah kau berubah? kenapa bahhhh!

pembuka kata mungkin perlahan-lahan kita semakin jauh dari orang yang kita sayang, dan akhirnya sayang itu hilang buat selama-lamanya penutup kata

hihi. PRAKTIKUM!! 6 HARI LAGI!.. yehaaa.. SERONOK. !! :D. kalau mau jadi cikgu, kata kunci yang paling penting adalah "sayang budak". mesti ada perasaan ini!. kalau tidak ada, susahlah hidup untuk menjadi seorang cikgu yang berjaya dan kacak/cantik. :D

jadi. adakah saya ini sudah bersedia untuk berpraktikuming. YA. SAYA MAHU.(aikkk ini macam jawapan kalau mau kahwin di gereja saja nie).. ok. la. Saya rasa saya akan ok. cuma perlu tambah kreativiti, ABM or BBM , hurmm sya rasa sya full package sudah. hkahkhka.. suara saya untuk menjadi cikgu sangat baik nie. Lantang. Menurut Pn.Norlila ketua jabatan (lupa saya).. haha...dan jangan lupa, saya juga menarik. uhuk! hahahahaha..

hari ini ada cerita. Apa cerita? ini cerita dia. hari ini saya dapat tahu yang saya telah diexemptedkan dari ambil TITAS. Hati sangat gembira. Sebenarnya agak Gembira. tapi tidak lah terlebih lebih gembira. lepas tu kan, petang tadi saya punya exempted'tan' kena tarik balik. Maksud dia saya kena ambil Titas sem nie. *_____*

huhu. yalah bila dapat tau sesuatu yang belum confirm lagi, jangan terlalu excited..nanti takut berita itu tidak menjadi sepenuhnya. Macam hari ini, kakak saya sudahpun menandatangani agreement dengan bank untuk pinjaman kereta(yahoo!). Besok sekiranya tidak ada aral yang melintangi jalan, saya dan kakak saya akan pergi membayar deposit kereta tersebut(yahoo!). Dan besarlah harapan saya agar dapat memandu kereta baru itu pada hari jumaat ini(yahoo!). Tapi saya tidak akan super-excited sebab belum pandu lagi. hahaha.

Apa kena dengan tulisan saya dengan B.M yang agak lengkap ini(walaupun cuma mendapat A2 dalam SPM 1999)...wah lamanya tu.. Mungkin ini corak penulisan yang baru. khakhakha. Agak janggal namun akan menjadi kebiasaan. Saya hendak menulis sebegini. :D

Nanti saya akan updatekan lagi blog ini. sila bersabar.

Pembuka kata saya agak sedih melihat kau berlalu begitu saja, tanpa memandang ke arah saya. tapi saya tahu ini lah yang terbaik untuk saya, kau dan dia. Penutup kata

-webber_yang_dilalui_tanpa_dipandang-

1 ulasan:

kukuanga berkata...

bersabarlah, webber yang dilimpas tanpa ditingu. (walaupun sy tau, ko mau dia juga, walaupun ko tidak kena tingu, walaupun dia inda peduli ko, walaupun..)

keep on writing like this sir, you know who read your blog.