Selasa, 31 Mac 2009

merapu lagi si merapu..

Kadang kadang kita cuba memahami orang, dengan harapan orang dapat memahami kita.
Kita berpura pura minat untuk perkara yang kita tidak minat, supaya rakan rakan boleh menerima kita.
Kita bawa attitude yang kita rasakan attitude yang orang sekeliling boleh terima, walaupun attitude itu bukan attitude kita yang sebenarnya.
Setiap yang tertulis diatas, menampakkan betapa kita perlu orang lain selain diri kita sendiri dalam hidup kita.

Persoalannya, perlukah orang lain dalam hidup kita selain diri kita sendiri? Kita tidak boleh hidup kah tanpa orang lain?
Bukanlah maksud saya, kita mau hidup saturang saturang dalam nie dunia, maksud sya bolehkah kita bergerak sendiri tanpa orang lain.
Tiada istilah kawan, cuma teman bila diperlukan. Tiada istilah kawan baik, cuma kawan untuk bermain.
Kita cuma ingin kawan bila kita ingin gembira, bila sedih, biarlah kita bersedih saturang saturang. X menyusahkan orang lain.
X payah kasitau kita sedih, just bergembira bila sama sama kawan lain.

Pepatah(saya sendiri) ada cakap, kawan mau bergembira senang dicari, kawan menangis untung lah kalau dapat saturang.
beginilah senang cakap, susah mau cari kawan yang benar benar kita boleh share semua kelemahan,kesedihan, kesusahan kita.
Kita tidak mau kasi tengok betapa lemahnya kita ini.

Sikap saya sendiri, saya lebih supportive bila ada kawan yang susah. "Saya rasa susah betul mau buat nie?", saya balas "Ok bah tuh, cuba
saja buat". gitu lah style saya. sya pun x tau apa sebenarnya yang cuba sya mau tulis sini.
Lepas nampak diari AF7(31/03/2009) hari nie, Si Hafiz meluahkan perasaan yang dia seperti terpaksa berpura pura supaya dapat 'fit' into
the rest of the boys dalam AF7.

Nangis nangis lagi dia, dia cakap, dia terpaksa ketawa untuk lawak lawak yang dia sendiri pun x nampak
dimana lucu dia. DIa terpaksa berlagak cool bila sama sama kawan lain, supaya yang lain boleh terima dia. Personaliti si Hafiz nie ( dia ada
bagitau dalam diari), dia nie seorang yang pendiam(which i can really relate to when i'm in a new environment). Tambah tambah lagi every concert
dia pelajar yang sentiasa deliver, dapat pujian, dia rasa semakin besar alasan untuk rakan rakan lain x memahami sikap dia. Sya rasa dia sendiri
takut untuk cakap or tolong kawna kawan lain, takut orang lain cakap, "ah..macam pandai betul!". Situasi nie sya rasa semua orang pun
pernah alami. Macam salah kita pula kalau kita buat lebih baik dari kawan kawan lain. We feel that we do not deserve any credits for our own
hard work! Betul betul boleh kasi turun motivasi oo kalau dalam situasi nie. hurmm..yalah si hafiz cakap sudah 3 minggu dia rasa begitu, and hari
nie dia kasi lepas apa yang terpendam. apa harapan dia? agar orang lain boleh faham situasi dia la. BUt reality check, when u are good, it's more
easy for others to find things that they can make as an execuse to hate u! yalah jealous kan. Sya pun pernah dalam nie situasi, yalah situasi
tidak suka orang yang baik, sebba dia boleh buat lebih baik dari kita. haha. Pernah juga termasuk dalam situasi try to fit into a group of people,
buatlah benda benda yang kita x suka buat supaya org boleh terima.

Itulah kangku, susah mau ada kawan nie. And susah juga kalau x ada kawan. Tulah kadang kadang bagus lagi berdiam dari salah cakap. Bagus lagi
tidur dari bangun. Bagus lagi mati dari hidup. haha..kadang kadang la, tapi selalu, bagus lagi bercakap dari berdiam, bagus lagi bangun dari tidur,
and bagus lagi hidup dari mati. There will always be a time in our lives yang kita akan rasa semua perkara yang sya tulis nie. Ada masa kita baik, ada
masa kita jahat. Kalau saya senddiri, kalau orang tidak dapat menerima saya seadanya saya yang sebegini handsome, itu masalah diorang, mungkin orang itu
bukanlah orang yang layak kita panggil sebagai kawan. Fikir fikirkan la dan selama berjaya. haha..

Isnin, 30 Mac 2009

Ini lah Perempuan Yang Sya tergila Gila! buat sya rajin mandi.hahah

ini bah, sya berjalan jalan lah tadi..entah pii mana, tiba tiba ternampak satu MV chinese nie..x tau nama penyanyi dia. Jalan cerita dia simple jah, akhirnya lelaki n nie perempuan mati. Xcdent! tu perempuan sengaja nie kasi makan boiprend dia pil tidur masa berkiss dalam kereta, then took the driver seat, drove the car, and purposely kasi terjun entah dimana. haha. Hebat! sangat hebat! Cinta buat kita kreatif (kamu la yang bercinta, sya single, anyone? allo? hensem boi nie? anyone?) haha. Cinta bagi kita semua perasaan yang ada dalam dunia nie. Sayang,rindu,nafsu,benci,cemburu dan sebagainya. khakah..syok ah? gila la..

merapu rapu jah nie.. haha..mau cuba cuba jadi stalker dulu lah..ahha..

Ahad, 29 Mac 2009

Seronoknya Malam Pertama! :)

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI MASLINA n ABANG POLIS. Hari nie hari kahwin kawan sya yang saturang nie. WAhhhHHHhh...kahwin sudah dia..(Seronoknya Malam Pertama).. hak hak hak.. Haiya sya x dapat pigi, kena jemput tapi haiya nda dapat pigi juga. Alasan; hurmm..alasan la. haha.

Hari 6 kemarin sya pii seat MTEST. Ya, yang mau jadi guru. Harap Harap boleh lepas untuk ke next stage(interview) and dapat masuk maktab! Tambah lagi lah saturang handsome boy jadi cikgu. Heheh.. Ya Harap Harap Lepas.

Lain lain, macam biasa saja. Banyak driving, sya ada kemajuan sudah la, bole driving malam sudah skrg. Tapi untuk jarak jauh, macam Tambunan-KK, belum berani lagi. Hidup sebagai penganggur, macam penganggur jah la. Duduk dirumah(yang ada rumah!), Main komputer(yang ada komputer), tengok TV(yang ada TV)..begini la nie. Harap harap sya punya pengangguran x berlanjutan. Tahun nie kan tahun sya target mau cari duit. hehe :)

haha itu jah la. tiada lain update. hahaha.

satu kali lagi sya mau wish Siti Maslina + Abang Polis


SELAMAT PENGANTIN BARU, Semoga berkekalan sampai akhir hayat.




Isnin, 23 Mac 2009

Review: Benn Saimon 1st Album

Sya bukan lah orang professional dalam bidang muzik. Apa yang syok di telinga saya, sya cakap syok. Kalau tidak, tidak lah tu. Hahah..so this is my PERSONAL review on Benn Saimon 1st(1st kah??hurmm) Album.



1.Piombolutan Auh Kosiliu Piupusan
-Track 1st dalam album si benn. A ballad song. A good opening number. Introduction
yang bagus untuk listener yang memang x kenal, and tidak pernah
dengar apa macam cara si benn nyanyi. Hampir semua skills of singing yg ada sama
dia ada dalam nie lagu.

2.Tulun Taparu.
-Sumazau Beat!...yehaa..Lama suda sya dengar nie lagu. Ring tone bapa sya. Tapi sya
x kenal siapa penyanyi dia mula mula.Ada suntikan hip hop sikit sikit.

3.Koupusan
-Another good song dalam nie album. Mula mula dalam 1st part dalam nie lagu kena
nyanyi dalam accapella. "shoo-shoo be dop",untuk sya sendiri terlampau
common kena guna dalam accapella. MUngkin bulih cari style yang lain lagi. Second
part of this song, datang sudah music + accapella. Ada feel blues sikit..
kalau si benn kasi goreng goreng lagi vocal dia dalam nie lagu memang best.
hehe.tapi memang antara lagu favorite sya dalam nie album

4. R'N'R Karamaian
-Rock n roll punya lagu. Best! Susunan muzik dia best. Kalau perform live nie best
nie.

5.Langad Auh Kopiiso
-hurmm..sya confuse sikit. Another skills of singing mayB? maksud sya disini suara
dia ada part serak serak basah. Sakit tekak kali time nyanyi nie
lagu. But still it's a good song.

6.Rati Piupusan
-Very Pop'ish' punya lagu. i mean it in a good way. Think Feminin song's 'UNTUKMU'.
Muscially lebih kurang macam tu lagu la.
Kalau sya sendiri, sya x berani record lagu nie untuk pasaran dusun. Macam Ganjil
sikit, susah mau dapat market. Tapi x tau la, apa apa lagu yang si benn nyanyi
macam syok saja. MayB because the Vocals la. X bosan mau dengar. Guyang2x jah
kepala sya dengar.

7.Binsorou Mamatos Kolungguian
-Juara Lagu Dusun 2008. enough said. Tapi macam biasalah, nyanyi live lagi syok.
Orang yang tau lagu nie, and tidak pernah dengar lagu lain si benn
kira rugi sikit la. Sebab ada banyak cara nyanyian si benn tiada dalam nie lagu.
Ini lagu, kalau sya sendiri, kasi show dia punya range suara saja.
Kalau kamu rasa lagu nie syok, cuba dengar lagu dia lain. :)

8. Silik-Silikan Matonu
-Roma Irama? ring a bell. Yang penyanyi indonesia tu. Lagu nie dangdut berabis la.
Kalau ramai-ramai + teminum minum 2-3 set beer, syok mau
layan nie lagu. hehe :)

9.Boronsikokon Sunduan Ku Kumaus
-Intro dia menyayat hati. Tau sudah lagu sedih. Lagu yang kalau suara macam sya,
mesti ragu ragu mau nyanyi. Tinggi Bah! Wah Tingginya! haha.
another good ballad song from this album.

10.Langad di Anak
-Another roma irama kind of song. Dangdut. Tapi bila dengar nie lagu, lirik dia
sedih nie. Tapi still a good song!

Conclusion:
Untuk sya sendiri album nie is a KILLER ALBUM. Kalau selalu album lain ada killer song. Maksud ada la 1-2 lagu yang best, yang lain ok ok saja. But dalam
nie album sya enjoy dengar semua lagu. It's a good thing sya pii tengok juara lagu dusun 2008 di ranau baru baru. Untuk penyanyi KDM yang lain,
satu nasihat saya, bila ada chance perform live depan audience, Show your skill of singing. Lenggok, falsetto or whatever. Sebab memang banyak penyanyi
KDM yang best di SABAH nie. Nyanyi merdu saja x cukup, mesti ada skill. Key Point - BERLATIH VOCAL BANYAK BANYAK! o ya, sya tergerak hati mau beli
nie album si benn sebab masa dia perform juara lagu dusun hari tu, memang BEST gila la. Best Segila gilanya. That's how you attract a new audience macam
sya yang jarang jarang dengar LAGU KDM di sabahVFM. hehe :) bah enough la.. Okies. Looking 4wrd for another GREAT album dari penyanyi lain lagi lah kalau sya tergerak hati mau beli.

O ya..ada Pertandingan CATS di One Borneo kan hari 6(28/03/2009) nie. Bah kepada peserta peserta, (semua pun jarang sya dengar nama, si Danny F. Mallingi ja
yang sya familiar) good luck and show some variation on your performance and vocal style ok. Mana tau lepas kamu perform, sya tergerak mau beli album kamu alrite!
Kalau aral tidak melintang, haha, ada lah sya sana. Harap Harap PERCUMA!

Rabu, 18 Mac 2009

Bontugan sinding dusun part 2 (jo-anna owh Jo-anna :))




kedapatan si jo-anna rampas nie suka mencubuk..khahka..sya sengaja candid nie. ada juga cerita. Siapa yang dia cubuk tu..haha..baca terus..ada jawapan dia tu...
anyway kamu tau kah si Jo-anna Sue Henly nie masuk top 30 Bintang RTM 2009. Sya kan x ada kerja , tengok tv saja. sekali tertune di tv1 jam 3, ada pula nie rancangan aura bintang rtm. Setiap jam 3pm - 3.30 pm. Hari selasa sampai khamis kalau x silap. Yang 1st show RTM kasi reveal nie top30. Ternampak pula Si Jo-Anna punya clip. Dia nyanyi you raise me up. Suara dia memang 'besar', kalau ngam lagu, memang syok dia nyanyi nie.Bah jangan lupa kama sokong dia..Sya pun kurang pasti bila start concert nie bintang RTM, kalau sya tau nanti sya post la..hehe..yalah post untuk kawan kawan yang ada kerja kan, mana dapat tengok tv jam 3-3.30 pm kan? so sya tulung tulung kasitau kamu lah perkembangan si jo-anna sana bintang rtm. Mana la tau kamu berminat kan..

hehe..bah 30 minit lagi mau tengok american idol. Si jorge nunez sudah terkeluar dii.. Sebenarnya sya sudah download 'audio' nie AI before kena tayang di astro jam 6. Di U.S kan awal.. ada juga video, but sya prefer dengar audio dulu. baru x bias. Sya dengar vocal performance dulu..Gaya, persembahan belakang kira..haha..

bah..ni lah jawapan siapa si jo-anna cubuk time pertanding bontugan sinding dusun yang baru baru tu...



rupanya dia tengok si linda nanuwil. kesian dia..terpaksa tengok back side si linda saja(sya rasa dia nie peminat linda nie)..hehe..mesti best bersaing sama yang kau minat kan..haha..

anyway..good luck jo-anna untuk bintang RTM 2009! make me proud!..hehe..inda bah..make all sabahan proud! :)

Isnin, 16 Mac 2009

Bontugan sinding Dusun 2008 part 1

cerita lagi..berjalan jalan diranau..hari 6 minggu lalu.
pii tengok nie bontugan sinding dusun. Sya bukan peminat sebenarnya, cousin sya bawa, sya pigi la..Plus ada si Jo-anna sue Henly Rampas!!hehe
Ini kira event juara lagu dusun la, anjuran RTM + Sabah VFM. Ada 4 kategori. Lagu paling popular(SMS 100%)..lagu terbaik(juri),Persembahan Terbaik(juri),Vokal Terbaik(juri).

sebelum sya datang sya memang tidak kenal hampir semua yang betanding. Lagu diorang pun x familiar. Diana Stephen pernah sya dengar lagu dia, Jo-anne Rampas pun pernah..yang lain lain..hhaha..memang sya x tau..

Peserta 1st Group Nokuro 29. Yang sya tau pasal diorang nie, diorang dari keningau. Itu saja. X tau yang lain lain. Lagu pun x pernah sya dengar nie. Suara penyanyi utama dia biasa saja, suara dua orang kawan dia yang lain pun biasa saja. Lagu, bolehlah untuk ramai ramai. Tapi Showmanship Group nie memang boleh tahan, mungkin ada malu malu sikit, budak budak lagi gia. Ada lag diorang lompat sana sini, communicate sama audience.





Peserta 2nd. S.Welly. Sia x pernah dengar nama dia. x pernah tengok orang dia. Lagu dia pun x pernah dengar. Grand entrance. Paling banyak penari latar(Think Noraniza Idris). The most memorable things about this guy..Too much makeup. itu saja. Dia pakai baju pink. Malas mau comment lebih lebih. hehe..anyway i applaud him for his well chereograph dance.





Peserta ke-3. Leonard Sentia. Ini cousin sya paling minat. Sebab utama dia datang pii ranau dari tambunan semata mata untuk tengok si leona lewis..opss..leonard sentia saja. sya memang x kenal, and x pernah dengar lagu dia. Tapi suara dia macam george lian. Dramatic juga la intro lagu dia. Ada backup vocals 6 orang kali tu. syok juga la.





peserta ke-4. John dautis. X kenal, x pernah dengar lagu dia. Yang sya boleh komen la, suara dia bagus. Dia cuba buat lenggok yang r'n'b punya style dalam lagu dia, tapi sya rasa, x berapa menjadi lenggok dia. Dia bawa props di pentas Gambar Mariah Carey!..hehe...lucu juga nie..





peserta ke-5 Noveson Galuan. X kenal, X pernah dengar lagu dia.. Yang sya ingat masa dia nyanyi, hurmm..masa ending saja. tiba tiba nie dia tunduk lama..rupa rupanya dia tunggu music lagu dia habis. hehe..Forgetable..suara dia pun sya x ingat sudah.





pesert ke-6 Danny F. Malinggi. Tau Nama dia, pernah nampak gambar dia, x tau lagu dia. Kalau ada persembahan Paling Comel..dia menang la kali. Muka dia macam satu blogger. si Kennysia. Suara dia bagus. Gaya pun bagus. Pandai senyum senyum sama audience. Ok la. Persembahan yang Comel.






peserta ke-7 Jo-Anna Henly. Tau nama dia, pernah dengar lagu dia, pernah nampak gambar dia. Apa macam dia nyanyi di Studio, begitu juga dia nyanyi Live. Tapi sia x dengar dia buat yang Growling lah..yang macam misha omar selalu buat tu. Dia nyanyi very expressive. Penuh ketegasan nie. Macam Guru BEsar Sekolah. hehe..Suara dia ok, orang dia cantik..performance pun ok.





peserta ke-8 Ben Saimon. X tau nama dia, x tau lagu dia, x pernah tengok orang dia. Tidak dinafikan, dia nie crowd punya favorite. Buka saja suara, menjerit satu dewan ranau. Suara dia unik. Dakat sudah macam alvin and the chipmunks tapi x lah sama. Squeky. Unik lah..suara n lagu dia memang sesuai lah. Yang sya kagum, Masa dia buat lenggok untuk lagu dia..huiii gila la..susah mau buat oo..memang berbakat nie orang.





peserta ke-9 Diana Stephen. Kenal nama dia, pernah dengar lagu dia, pernah tengok orang dia. Dia macam x berapa ramai peminat lah di ranau. Mula mula dia buat persembahan pakai baju kebaya nie. warna biru. Pakai glasses lagi. Macam cikgu mau pii mengajar pula. Sya pun heran kenapa dia pakai macam tu. rupa rupanya di tengah tengah lagu, yang bridge music, terus make over berabis, jadi hot-rock-chick. Rambut berubah, baju berubah. Tapi masalah dia, rambut palsu dia, x kena kasi 'gam' betul betul. Sepanjang lagu lepas dia buat tranformasi, dia pegang saja rambut palsu dia.





pesert ke-10. Linda Nanuwil. Need no more introduction la. Paling grand dari segi Dressing. Artis betul la. Sya x pernah dengar lagu dia..persembahan ok. Biasa saja. Nice vocal control la.





Siapa lah Menang?
1. Lagu popular SMS ( Leonard Sentia)
2. Persembahan Terbaik ( Leonard sentia)
3. Vokal Terbaik (Jo-Anna Rampas)



4. Lagu Terbaik (Ben Saimon)



Selasa, 10 Mac 2009

...

ya betul cakap bos sya dulu.
"bila kita buat sesuatu, buat sesempurna yang boleh,supaya kita tidak perlu buat benda yang sama berulangkali".

Banyak fikiran..Tapi untuk terus buat and merealisasikan semua yang difikirkan, memang x boleh. Sya buat satu persatu and buat sesempurn yang boleh.

anak no 2 sudah ada kereta, anak no 1 plan sudah mau beli kereta this year, so nie anak nombor 3 bila mau beli? kahkahk..masih belum ada kerja, masih ada hutang, and masih x ada duit..

tadi cerita cerita sama mama n adik2x sya.. adik bongsu sya ada sikit kasi tinggi suara, x setuju sama mama sya. sya cakap sama mama sya, "Mi, kau sumpah saja dia tu, sumpah jadi ikan kembung!" muakkaka..dalam nada bergurau la. nothing serius..

harap harap sya ada chance untuk duduk MtesT sama Ujian Medsi. Sya mau buat betul betul. hehe. sya baca baca juga la buku. start hari nie. buat persediaan dalam 14 hari. harap harap sya ada chance mau jadi cikgu. :)

ada apply banyak benda. Pensyarah, IT.exec..hurmm belum ada nasib lagi nie.

ps/ banyak benda yang difikirkan, buat satu satu..harap harap semua benda tu sya dapat kasi siap.

pps/ ya..masih menganggur. :(

Sabtu, 7 Mac 2009

hari ini 7/mac/2009. mana la tau ada orang yang lupa kan.
sudah lebih dua bulan sya menganggur.
jadi driver saja lah untuk orang orang dirumah.
segan sya nie teda duit.
hkahkahka


seperti biasa kerja sya dirumah..jadi surirumah la..kecuali memasak
ada juga sya berfikir fikir sikit pasal masa depan. khahkka..
nasib baik ada juga aktiviti pagi + petang(bukan selalu la)..pii bersukan sama siapa siapa orang yang mau ikut sya pii bersukan..hkakha

itu saja la.bosan juga.tapi x lah bosan betul.ada tv .internet.
ok la.

ps/one in a million sya sokong si tomok. uhuk! tebatuk sekijap.
itu american idol. skrg sya suka si jorge nunez.

Isnin, 2 Mac 2009

YA!!!..hehe sya masih lagi di kampung nie..sini tambunan. Selalu rutin hidup sya..bangun around 6.30am..sebab mau antar adik sya pii kompleks sukan untuk latihan sukan..hehe..dia wakil Tambunan lagi entah kali keberapa sudah nie..dari darjah enam lagi sampai form 6 skrg masih lagi aktif bersukan..Besok adik sya pii keningau suda dii..

lepas antar adik sya..sya pii beli newspaper..daily express..untuk cari kerja kosong..Makan durian saja sya di kampung nie...tapi tadi last sudah lah durian sya makan sebab abis suda..bapa sya cakap kalau ada durian lagi kena jual dia beli.. duriann saja..sampai bosan..hkakhahk..

hari nie sepatutnya sambil tunggu adik sya balik latihan (around 5.30pm selalu diorang abis) sya n mum plan mau main ping pong di kompleks..tapi..ada dii orang bersenam areobik di sana gelanggang ping pong..paling awal siap diorang bersenam pun around 7pm..oleh kerana sya masih x confident drive malam terpaksa cancel la..cuba lagi datang besok..harap harap availabel lah tu court..sya x tau pula mama sya pandai main ping pong..sebab sya x pernah pun nampak dia main..sya pun baru juga tau tau sikit main nie barang..mama sya cakap, bapa sya pun campin juga main ping pong nie..aikkk..hurmm..setelah begitu lama sya hidup diketiak diorang, baru hari nie sya tau both my mum n dad pandai main ping pong..kesian kesian..haiyaa...

akitviti lain..tengok TV la..guna internet..itu jah..kemas kemas rumah...sya belum prepare lagi study untuk KPLI/DPLI punya exAM..macam mau rehat dulu kijap..

apa lagi..hurmmm tiada sudah..itu saja..

ps/ kalau x ada kerja nie..x confident betul mau keluar jumpa kawan kawan..khakhkahka..bukan sumbung tapi malu sikit nie..anyway..sama sama family time time tiada kerja nie pun bagus juga..banyak benda mau cerita..n ..belajar.. peace!

Ahad, 1 Mac 2009

la la la la la..

..i'll keep on reading..yeahha..
..and missing..
hehe..

PENEMPATAN PEKERJA..

dapat sms dari jobsmalaysia. Kena suruh attend 'penempatan pekerja' di PERKESO. so i went there with my sister and cousin. saja mana la tau. So ada satu post IT lecturer kena iklan oleh Yayasan Sabah. so sya pigi la..fill form..short interview..and we'll call u.. itu saja. Yang lain lain vacancy kena iklan sya x minat. X berkaitan.

KPLI sah sah tutup sudah hari nie. So yang belum apply tu terima kasih la sebab kurang lagi saingan.

hurmm..apa sya mau buat nie? pii main ping pong la..di sana kompleks. haha..tiada kawan mau bawa..so bawa adik sya jah pii main.

itu saja lah update skrg.

..n selamat berpuasa kepada yang Kristian Katolik..

ps/ sya puasa nasi..tapi makan durian saja nie tiap hari..hahaha..syok juga di kampuhng :)