Rabu, 3 Disember 2008

tergaru garu...

apa yg tergaru garu tu? sambung balik..hati sya bah..tergaru garu..tolong 'kukut'. muakakak..sya ketawa..tapi..dlam hati x happy? kenapa tu? ciss bedebah. i hate this feeling. semakin dekat..semakin jauh. hurmm..dalam tu maksud dia.

masuk lagi mami sya dalam nie cerita. Mami sya pernah cakap "kau terlalu over analyze things. Yang mudah pun kau mau kasi complicated". Cakap Cikgu Besar tu. Ya betul juga tu. sya over analyze things. Belum berlaku, sya sudah pikir itu sudah berlaku. whatever lah webber. yang penting kau bahagia. Pigi lah kau tenggalam sama masalah kau tu. Macam lah besar betul masalah kau. Sya cakap..in my previous post. Kegagalan org adalah kebahagiaan utk sya. Dalam maksud dia tu. Bukan simply jah sya cakap. Apa sya maksud adalah..bila ada org yang lebih banyak masalah + berat dari sya..baru sya rasa bersyukur, betapa ada hidup orang yang jauh lebih susah dari sya. Betapa sya tahu masalah sya tu, lebih kecil berbanding org lain. Bila kita tengok org lain fail, kebahagiaan tu timbul dari kesyukuran kita, nasib kita tidaklah seteruk orang lain. hurmm, sya harap kamu faham. Kesengsaran org lain, bagi kesedaran untuk sya, untuk lebih bersyukur, dengan kehidupan sya, yang sekaligus,kesyukuran itulah yg membawa kebahagiaan untuk sya. Paham murid murid?

hurmm..i don't need to explain myself. Let me just tell you la, hidup orang orang di sekeliling saya, sya tengok lebih bahagia dari sya. Ok..biar sya cerita, sya ada 3 housemate. Satu Lecturer, satu Kerja Accounting, and satu lagi training sama sya. OK, sya start dengan yang lecturer. Dia memang pandai! hebat! brilliant! sya kagum sama dia. Dalam masa beberapa jam saja.. dia belajar untuk interview dia, dia boleh hafal semua fact yang dia mau hafal. Kagum! memang kagum. Apa yang sya tengok dari dia, dia boleh dapat apa saja yang dia mau dapat. Semua interview pun dia success. Org berebut mau dia. Bahagia? memang bahagia. Dia sya boleh kategori sebagai orang yang religious. Holy? not sure, but religious, YES. Dia selalu cakap, " sya tidak takut, sebab sya tahu TUHAN selalu ada bersama sama sya. Holy spirit selalu sama sama sya".. Bahagia? ya..dia Sangat percaya dan kehidupan dia sangat kena bless. Jealous..ya. Yang melampau lampau? tidak la..cuma bila banding sama kehidupan sya, macam bumi dan langit. Dia x pernah pandang rendah sama sya, mala dia mau tolong lagi sya cari kerja!..sepatutnya sya bersyukur kan? tapi ..hehhe typical me.. i just can't share others punya happiness.

Housmate sya yang kedua. Yang kerja akaun. Hurm rajin nie budak. Buat kerja opis sampai larut pagi. sya pun kagum sama passion dia terhadap kerja dia. banyak benda sya boleh belajar dari dia. Bagus lagi tu. Kalau sya minta tolong..open jah dia mau tolong. satu kali lagi..sepatutnya sya bersyukur kan? but sekali lagi..typical me, kebahagiaan orang bukan kebahagiaan sya.

Housemate sya yang ke-3, merangkap roomate sya. Apa cerita pasal dia. Satu lah. sya kenal dia, mau masuk 4 tahun sudah. hurmm..selalu sya cakap sama dia, sya x boleh terima kalau kau lagi hebat dari sya. Kau boleh jalan seiring, tidak lebih dan tidak kurang dari sya. dia relax, dia ketawa. at least sya terus terang sama dia. Banyak benda baik yang dia mau share sama sya, but i purposely refuse. Ego sya Tinggi! sangat sangat tinggi! Kenapa sya cakap dia lebih bahagia dari saya. hurmm..Dia dikelilingi dengan org2x yang sya tengok sayang sama dia. Girlfriend dia, and family dia. Dia buat kerja lagi hebat dari saya. Memang, sya akui. Dia pun sya tahu perasan yang sya memang cemburu Gila gila sama semua apa yang dia dapat. Tapi dia still mau kawan sya. Sepatutnya sya rasa gembira untuk dia. Sebab dia happy. But then again..like i said before, and i say it out loud again, org punya happiness, is not my happiness.

hipokrit kah gade? hurmm..kalau hipokrit..sya x cakap terang terang disini.

satu kali lagi sya cakap, i will NEVER share others punya happiness.

and you want personal..i give you personal! now..where's my beer?

-webber-

0 ulasan: