Jumaat, 15 Januari 2010

atastarikh untuk hari ini. :D :D

pembuka kata dalam kehidupan kita ini kadang-kadang apa yang kita lihat, dengar dan rasa adalah sesuatu yang amat berlawanan dengan apa yang berlaku sebenarnya penutup kata

huhuhu. Apa lah maksud yang diatas itu? saya sendiri pun sebenarnya sangat tidak faham. bagi mereka yang faham, tahniah lah. bagi yang tidak (yang macam saya ini :D) hurmm..berusaha lagi.

BERITA GEMBIRA. tapi saya tau yang sebelum di tangan, tidak boleh merasa sangat excited. Ini kerana dikhuatiri berita gembira itu adalah tidak benar semata-mata. berita apa lah yang saya katakan gembira itu? esok, kalau tidak ada aral yang melintang, maka saya dan kakak saya akan pergi mengambil kereta baru di proton. kereta ini sebenarnya harta kakak saya, tetapi dipinjamkan dahulu kepada adiknya yang sangat bergaya ini, untuk praktikum.

Selepas ini, saya mungkin hidup dalam kemiskinan. kenapa? ini adalah kerana, saya terpaksa membayar bayaran bulanan kereta itu sebanyak rm449 sebulan. ditambahkan lagi dengan bayaran sewa rumah rm150 dan juga bil streamyx, bil air, bil elektrik dalam rm 100, maka saya boleh diisytiharkah mufilis pada bila bila masa saja. :D

sangat banyak benda yang perlu dibayar. :(

Hari isnin ini, merupakan hari pertama saya akan melaporkan diri sebagai guru yang diajar dalam latihan.(???). guru latihan yang mengajar yang dihantar.(???). sebenarnya guru yang dihantar latihan untuk mengajar.baru betul. huhuhu. Apakah subjek yang bakal di ajar oleh guru itu? guru itu ditugaskan untuk mengajar sekurang kurangnya 8 waktu seminggu untuk subjek bahasa inggeris dan 2 waktu seminggu untuk subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Besar lah harapan saya, agar guru itu dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan murid murid akan sangat saya kepada guru tersebut. saya juga berharap guru tersebut mendapat banyak hadiah daripada pelajarnya semasa majlis perpishan nanti. hahahaha.

ok lah..setakat ini laporan atastarikh dari saya. sekian dan terima kasih

berani kerana benar.
s.webber.z
update terkini 16/01/10 . 11:01A.M : post-poned ambik kereta. hari isnin baru ambil. jadinya hari isnin nie terpaksa menyusahkan saudari evvie marie yang cantik untuk bersama sama melapor diri ke sekolah. huhu. :D

1 ulasan:

kukuanga berkata...

aha..
remind me of my unsettled bills. nothing is really free in life. adei..(macamana mau banyak berjalan dan berfoya-foya ni?)

as for your praktikum: besarlah harapan saya agar encik berjaya menempuhinya dengan bergaya dan dengan jayanya.

as for your azam tahun ini: saya mendoakan agar encik berjaya memperolehinya semasa praktikum encik di (inanam kaitu?).

as for yourself: do take care.

(panjang kan ni komen? gian menaip baini ~ been typing lotta reports this week ~ so i whine in your blog. sorry))