Khamis, 4 Mac 2010

saya cuma ingin menjadi guru yang baik kepada murid murid sekalian.

"marah cikgu sampai sini sudah ( sambil menunjukkan tangan di dagu) kalau sampai sini sudah ( menunjukkan tangan di dahi) kamu tau lah apa cikgu akan buat!".. begitulah saya mengertak murid murid kesayangan saya di 3 A tadi. saya pun kurang pasti kenapa tiba tiba ada 2-3 orang murid yang menunjukkan tabiat buruk mereka didalam kelas..

murid J bukan nama sebenar, eh..nama dia sebenarnya Mohd.Joey, mencabar cikgunya yang agak tengah marah nie " cikgu marah saja lah kami.", sambil tersenyum-senyum kerbau..hehe.. sekali cikgu dia nie, berteriak dengan kekuatan 7 dalam skala 10 ( suara saya di dalam kelas level biasa saja pun, pensyarah cakap kuat dan jelas, inikan pula kalau saya gunakan kuasa kuda tahap 7), semua budak tersentak. Ini kali ke 3 dalam 3 bulan saya menggunakan suara level 7 ini. Terdiam!Tergamam!..dan ada yang tersenyum..OK..TERSENYUM! seorang murid yang bernama Calvin Junior. "Calvin! Apa kau senyum senyum disana ?" kata cikgu ini yang sedang level 7 marah. " Cikgu nampak lagi kau senyum disana, cikgu suruh kau senyum sampai habis kelas!"..sekelip mata, senyuman yang agak comel itu hilang dari bibirnya. WAH!..mantap sungguh ini, kemarahan level 7. Selepas itu, kelas sangat diam, sehingga kalau tiba tiba cikgu yang tengah marah itu tidak dapat menahan kentutnya, akan kedengaran sangat kuat didalam kelas, walaupun kentut angin!..:D.. Kelas yang bertemakan "the three monkeys" pun berjalan dengan baik. Murid-murid semua memberikan kerjasama yang sempurna. :D

Cerita diatas benar-benar berlaku pagi tadi. Dan cikgu yang menggunakan suara kuasa kuda level 7 tadi adalah si penulis blog ini. Cikgu praktikum baru bah... :D

Cerita hari ini lagi, PNP agak sempurna. Ok, yang tidak biasa dengan istilah-istilah keguruan, PNP itu adalah Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)..PNP agak sempurna kerana saya ingatkan pensyarah pembimbing saya akan menyelia saya hari ini, namun saya tersilap, pensyarah saya menyelia kawan yang lain di sekolah yang lain. Maksudnya, kemungkinan besar, saya akan diselia pada hari ESOK!..kelas 1 jam! bersama dengan murid-murid yang suka mencabar kesabaran cikgu ini!. Wah.. sangat berdrama swasta. Tapi sebenarnya hubungan saya dengan pelajar tahun 3A sangat baik. Makan bersama semasa waktu rehat, berkongsi cerita ultraman! haha..tapi keakraban ini yang kadang-kadang disalahertikan oleh murid-murid 3A. Hari ini juga, seorang pelajar 3A, Firdaus Chung, salah seorang daripada pelajar kelas 3A yang sangat hebat bila membaca dalam Bahasa Inggeris, berpindah sekolah. Saya sangat sedih. :( . sekarang pun tengah sedih sikit sahaja. 2 hari sebelum ini, saya selalu tercari-cari murid ini.. dan hari ini dia datang bersama bapanya kesekolah, dan meminta surat pindah. Kebetulan masa itu saya baru keluar dari bilik guru untuk masuk ke kelas 3 A. "Firdaus, mari ikut cikgu masuk dalam kelas. Ucap selamat tinggal sama kawan-kawan yang lain." Murid yang sangat hebat pronounciation Inggerisnya didalam kelas pun mengikut saya masuk ke kelas. Dari jauh lagi, kedengaran suara-suara murid-murid kelas 3A. "Ok kelas, hari ini Firdaus akan berpindah dari sekolah kita, cikgu mau kamu satu-satu datang kehadapan dan bersalaman dengan dia. Ucapkan selamat tinggal dan jangan lupa minta maaf kalau kamu ada buat silap sama dia. Firdaus kau pun minta maaflah sama classmate kau semua ni." dengan nada agak sedih dan suara yang agak gementar saya katakan kepada Firdaus dan murid-murid kelas 3A. Adegan bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dihadapan mata saya itu cukup mengharukan. Kalau sekiranya ada pelajar yang menitiskan airmata semasa adegan ini berlangsung, sudah pasti, cikgunya yang baik dan kadang kadang menggunakan suara kuda kuda level 7 ini mungkin akan menangis bersama. :(. 3 bulan sahaja, dan saya mula merasakan kehilangan..dan untuk membuatkan cerita ini bertambah sedih, Firdaus murid tahun 3A, semasa makan bersama cikgunya ini, secara spontan berkongsi makanannya dengan cikgu ini. :(. sedih nie. *tears*. Semasa saya menghantar Firdaus balik ke bilik guru, saya sempat berpesan kepadanya, "kau jangan risaulah, mesti kau senang dapat kawan di sekolah baru nanti. Cikgu mau, kalau disini kau pandai, bila pindah disekolah lain, mesti semakin pandai!"..pesanan terakhir dari saya kepada murid yang bernama Firdaus Chung. Sedih nie, baru 3 bulan dan sayang saya kepada semua pelajar 3A semakin menebal dari hari kehari. saya sendiri bersoal jawab dengan diri saya " kalau peristiwa begini pun saya hampir-hampir menangis, macam manalah hari perpisahan nanti?" ...dan sayup-sayup jauh di lubuk hati saya ingin mengelakkan diri daripada menghadiri hari terakhir saya disekolah Sk.Bantayan ini. hurmm..

Ok la, sangat panjang drama hari ini. Apa yang saya tahu, saya ingin menjadi seorang guru yang baik. Bukan sahaja pandai minta puji didalam kelas. Ya saya akui saya kadang kadang agak riak di dalam kelas, namun maksudnya bukanlah untuk saya berasa riak, cuma untuk menghiburkan hati murid murid didalam kelas. Daripada markah-markah yang saya dapat daripada pensyarah dan guru pembimbing saya setakat ini, mereka juga bersetuju, saya adalah guru pelatih yang agak baik.. ok. webber. sabar. jangan.nangis. ada.lesson.plan.yang.perlu.dibuat. bye!

-webber_ingin_menjadi_guru_yang_baik_kepada_murid_muridnya-

3 ulasan:

kukuanga berkata...

ahhhh.. webber,
panjang ni cerita ko niari. as always, i enjoyed it.

semoga lebih bersemangat menjadi cikgu yang baik!

gade berkata...

hahaha... siok gia cerita ko ni... tu baru org sabah.. d pinggir2 sabah.. ntah org-org bandar d sini ni mcm mana... 300% kali tabiat dorg... aduuiii.... mgu dpn SBE.. nampak la gelagat pljar sini mcm mana.. Apa pun ipag, tatap jd sigu yg baik.... heehe

aen aini berkata...

wah...sabar btol ngn kerenah murid2..gudluck!