Memaparkan catatan dengan label personal 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personal 2011. Papar semua catatan

Rabu, 20 Julai 2011

update ringkas

paling lama tidak update blog. oho. huhu.
banyak peristiwa, banyak cerita. simpan2 dulu la.
Ya sudah balik dari kundasang. Lama sudah. haha.

update: Sudah dapat GB baru, sebab guru besar lama bersara.
- banyak belajar benda baru, pengalaman. :D yala lama sudah hidup.
- itu saja. hidup tidak boring. kita jah yang kasi boring tu idup. :D



-webber-

Isnin, 6 Jun 2011

naikk..naikk











ps/ currently at kundasang...next stop is luanti. 30 minutes drive, from where we are staying now. Pray for our saftey. Thank you... :D

Rabu, 25 Mei 2011

tiada kena mengena..

hi!
tengah menunggu bluetooth utk siap, baru tidur. Jam komputer menunjukkan pukul 12.17 mlm. hurmm..baru siap buat kerja kerja menaip dan sebagainya tadi. sibuk juga la.
tapi sebenarnya cerita untuk entri ini adalah, sabar.
sabar saja. sebab salah sendiri kan. sya betul2 harap semuanya akan kembali seperti sediakala dalam masa terdekat nie. atau kalau lama sikit pun sabar saja. :D

sabar webber..sabar.
:D

-webber-

Ahad, 22 Mei 2011

tiada-tiada

Yeahhh..mau cuti sudahhhh!!!! dari 28/05-12/06!!!!!
Super-Duper Excited although i know it's going to be a very lonely holiday. :(
Cho! sedih kunun. inda pa bah Webber. Ok tu.(mengconsole diri sendiri)

Jadi sempena menghormati cuti sekolah yang bakal menjelang, sya akan bersedih seminggu sebelum bercuti! ahahha.. lain juga tu. tapi begitu la tu. Mau cuti sudah kan, takkan mau bergumbira saja. :D

banyak peristiwa dan banyak cerita..tapi kenapa kunun sya sambil menulis mendengar lagu 'Amazed'-boyz ii men di selang-selikan dengan lagu one republic-'apologize' secara berselang-seli? ahaha..x tau la..maybe it's to late to apologize? haha..berulang kali sudah nie benda sya buat dalam bulan nie. sama semua orang. tanda-tanda kah tu mau mati sudah? mudah-mudahan........tidak. :D

temberang lah bah kalau sya cakap, skrg sya tengah ok. sangat tidak ok nie. Suka betul bekurung dibilik dingar 2 lagu tadi. Macam hilang arah saja. aisey. bulih kah tu begitu? muakakaka.. nah lagu amazed sudah. dudududu..

haha..bah kamurang yang masih ada peluang untuk tidak membuat kesilapan, bah jangan lah buat. terukkk nie dia punya pembalasan. membuat hidup terumbang ambing.

banyak sebenarnya sya mau tulis..tapi x sanggup sudah. berderai-derai air hinguS keluar di hidung nie..mo tidur+dengar 2 lagu tadila, sampai bosannnnnn.
haha..

ps/ cerita ini cumalah penghias blog semata-mata.. dan ianya rekaan semata-mata. enjoy reading. :d

Khamis, 19 Mei 2011

merapu saja

malas mo blog.. sebab makin gemuk.! :D

yala..makan saja kerja.. gembira(makan), sedih(makan),Suka(makan),susah hati(makan).. tiada kerja lain..makan saja. abis la..tapi x apa.. bak kata sya sendiri, bagus makan selagi boleh makan.. huhu..

cerita? hidup? ok.. malah merancang untuk bercuti pada 4hb Jun nie(mudah-mudahan jadi).. sama-sama family..plan mau pigi sana ranau.. jadi saya dengan ringan duit dalam akaun bank mau sponsor lebih kurang rm600 untuk penginapan saja..(3D2N).. kunun.. tengok la.. sebab start bulan nie..gaji tinggal rahsia lagi... huahua..ok la.. untuk family, apa-apa pun ok bah..walaupun ada marah sikit.. :D

satu hari sya tebaca di status FB cousin sya. Begini bunyi status dia "when people walk away from you, let them go. Your destiny is never tied to anyone who leaves you, and it doesn't means that they are bad people. It just means that their part in your story is over"

..dan saya sangat setuju..

-webber-

Isnin, 9 Mei 2011

personal

haishhhh.. salah saya juga sebenarnya. :(

Isnin, 2 Mei 2011

perasaan hari ini.

tarik nafas. kuatkan hati. semuanya akan ok. :D


ps/ada sakit hati sikit hari ni. lumrah la tu. jangan dilayan sangat sakit hati ni. bahaya. boleh membawa kepada kebencian. :D

-webber-

Ahad, 24 April 2011

tiada-tiada.. haha

lama x ceerita.
hidup ok. yalah ada kawan selalu bawa jalan + lepak.
kerja ok. ok la, sebab belum kena pantau oleh pihak2 atasan.
kewangan. ok, sebab ada duit mau beli2 barang, bayar bil.
kawin? KO. belum ada calon@tiada orang yang mau. apamacam mo kawin?. haha

-webber-

Isnin, 18 April 2011

Busy..

lama sudah x rasa busy begini.. skrg tengah buat pemurnian skrip untuk jadi mc besok. Huhu..belum siap siap.. apa macam mau siap kalau, baru taip sikit, pii check facebook..baru taip sikit pii tengok movie baru.. haha.. skrg jam 10.54mlm sudah.. besok kena datang before 7AM. haiya.. baju belum seterika lagi semua. Begini lah bah kalau suka menangguh kerja.. haha.. ala..kain berendam belum kena cuci.. bah nanti lah.. ada lah yang jam 12mlm mencuci kain nie :D -webber-

cerita mansau.

Mansau saja karaja sya. dalam 1 minggu 2 hari tidur dirumah sendiri, 5 hari tidur dirumah orang. hahaha.. macam tiada rumah saja. mau kasi kurang-kurang lah mansau nie. :D Ada event besar, kena suruh jadi MC. kalau nasib 'baik' lagi, ada satu lagi event lagi besar, state level punya, pun kena suruh jadi MC lagi. Mungkin la. hurmm.. ok juga lah untuk tambah2 pengalaman. dan..kenapa kau kerja disana? haha.. ada ba nie saturang. tiba tiba jumpa nie. Rupanya dia kerja di sana. haha..bulih lah pii mengurat. du..du..du..du..du.. out! besok meeting hari 2 jadi MC.. 2 hari lah x mengajar. than 4,5,6,7 ada sembahyang. syukur. :D

Sabtu, 26 Mac 2011

ohooo giaa

maka bulan ini dapat gaji saja terus abis. mUkakakka..ketawa sama diri sendiri.. sudah kasi labur rm1800++ beli tv. Jadi tolak punya tolak.. Ohoooo..abis terus duit.. bayar ptptn RM220..Bayar lagi insuran RM220..ohoooooo..abis duitttt.. nasib baik kalau pii minum2 harimau di bawah pokok ada org belanja.. hahaha.. terima kasih rakan seperjuangan.
Hari 4 minum..hari 5 pun pii moginum lagi.. sudah lah buncit nie perut..kasi tambah2 lagi.. Ohoooooo..abis la..

Bekalan air baru juga ada hari ini setelah 3 hari tiada air! sangat nie! kering betul. mau komplen di jabatan air pun tiada mood sudah. tahun nie jah ( baru mau masuk bulan 4) ada2 jah masalah sama bekalan air. hurrmm..ada juga la mandi..tapi mandi kerbau..bagus lagi kali tu kerbau..hurmm lagii..

bah..maka dengan rasminya gaji saya bulan 3 sudah habis. baru 2 hari dapat gaji. hahahhahahah..ketawa lagi sama diri sendiri.. oHoooooo gia..

Ahad, 20 Mac 2011

saya rindu satu nama..

Verra David.

ps/ dari dulu..sampai sekarang. :(

Sabtu, 19 Mac 2011

tv rosak, plan beli baru.

TV rosak.. dua hari sudah x tengok tv la nie. nasib baek ada internet. :D
Tv rosak jah, sya dengan bersemangat mau sponsor kunun beli tv. Besok nie. hari minggu. DiKK. mangsa : sony Bravia 32' yg berharga rm1499. Tapi mesti buli dapat murah dari itu lagi. sya tau lagi.
jadi kesimpulan dia, besok sya jadi driver hantar org pi kk, ambil org dan tv di kk.. hurmm itu jah.

-webber-

Khamis, 10 Mac 2011

untitled

..setelah sekian lama... :D

tadi pagi, ada rakan sekerja cakap, apa2 masalah pun akhirnya akan dapat diselesaikan juga.
dan saya sangat setuju.
jangan cakap saja. BUAT. itu yang paling penting.
hurmm.

Sabtu, 19 Februari 2011

only girl in the world..

...sebagai seorang ketua panitia, sya banyak pii attend meeting sana sini. jadi apa yang saya belajar? saya belajar untuk berdiam diri semasa meeting untuk memastikan meeting cepat habis. huhuhu. Banyak kerja Guru ketua panitia nie, selain meeting. Kasi sedia HSP, kasi sedia RPT, bukan untuk kelas yang diajar saja, tapi untuk kelas-kelas yang lain juga. Bulih kasi agih tugas bah kan, tapi tenaga kerja yang sangat sedikit dan juga sebagai seorang yang baru dalam industri pendidikan, segan juga mau suruh guru senior buat kerja. sO apa yang sya boleh buat cuma membuat semua itu dengan sendiri. Dan saya buat ini semua bukan untuk meminta pujian atau naik pangkat atau naik gaji. Tapi sya buat ini semua sebab itu tugas yang diamanahkan kepada saya untuk dibuat. selain itu, saya buat kerja tu semua supaya bila ada pihak atasan dari kementerian melawat kesekolah, saya tidak akan kelam kabut. Panik kah, apakah, pura-pura sakit perut lalu ketandas sehingga pelawat balik. Semua untuk jaga periuk nasi. Bukan minta pujian pun. Nama pun guru kan. jadi act like one. :D

ps/ tiada kena mengena dengan tajuk entri kali ini, sebenarnya semasa menaip, lagu rihanna-only girl in the world, berkumandang. :D

Ahad, 13 Februari 2011

ada yang ikhlas, ada yang tidak.

hari tu Father bilang, Paderi bilang(takut ada salah faham tu Father :D)..."Kehidupan kita dicipta atau diberikan oleh Tuhan, jadi sekiranya kita benci sama kehidupan orang lain, sama lah seperti kita benci Tuhan".. terus sya mengangguk tanda faham.

tarik nafas..hembus.

Banyak perkara dalam dunia nie yang kita sememangnya tidak faham. Orang bilang, kalau tidak faham, TANYA! hurm..tapi ada persoalan yang tidak boleh diberi jawapan yang tulus. atau tiada jawapan langsung. Kena paham sendirian berhad.

hurmm.. du,du,du,du,du. :D

Apa cerita? lesson plan untuk besok belum lagi dibuat. Saya bercadang untuk CRK kunun besok. Ada hal. dan yang pasti hal itu bukan melibatkan hati dan perasaan, melainkan hal yang mungkin tidak penting bagi orang lain, tapi penting bagi saya. huhu. Tapi ikut keadaan lah, kalau sya rasa rajin pii sekolah besok, sya pigi, kalau tidak sya ambil cuti rehat. Wakakak.. Tengok lah dulu apa macam. :D.

bah.. tengok lah dulu. :D

Rabu, 9 Februari 2011

Kau kena lagi PANTAS dari diorang!!!

WAHHH!!..marah nampak...:D.. inda bah. Kasi semangat baitu.
Mungkin baru sedar, atau sebelum ini sudah sedar tapi pura-pura tidak sedar, yang sebenarnya sya mengajar sekandang KUDA!!!!!..huhuh..bukan sya cakap budak sya otak dia macam kuda, tapi gerak-geri, kepantasan, tindak tanduk diorg sangat pantas nie!..maksud sia, kalau saya slow mengajar bak menari tarian melayu-yang-tidak-pantas-gerakannya(sebenarnya tidak tau nama tarian :D), budak-budak itu akan tersangatlah bosan dan mula membuat gerakan sepantas kuda!! berlari sana sini, menguap sana sini(dengan pantas, x sampai 10saat kemudiannya menguap lagi!!!), dan sanggup menghancurkan hari cikgu dia nie dengan melihat-lihat jam menunggu masa untuk cikgu ini keluar. :(

Tapi hari ini, saya lagi pantas dari diorg, dan murid-murid sangat terasa seronok melalui pengajaran cikgunya yang super kuda. Jadi Kamu ingat kamu kuda la.. ??? cikgu lagi supeeerrr kudaaa bah!!..kalau kamu bediri atas kerusi, cikgu bediri atas meja!!...hehe..bulih kah begitu? :D
tapi yang betul, semua murid yang saya ajar, kelas 3,4,5..sangat memerlukan cikgu yang pantas. Pantas nie(Wahhh Pantasnyaaaaa!!)..dan hari ini saya rasa sangat penat melalui 3 kelas ini sehinggalah masa pulang jam 1.30 petang, dan menyambung lagi mesyuarat pada pukul 2 petang sehinggap 4.30 petang, dan mendapat tahu bahawa dirinya dilantik untuk menjadi emcee satu pertandingan besar-besaran peringkat sekolah rendah seluruh daerah Tambunan!!(part last sya suka, buli glamer sikit :D)..LoL..

..tapi ending yang paling saya terharu dan suka, bila budak tu cakap, "syoknya membaca". Nah kan kangku nga, kamu suka juga dii membacaaaaaaaaaaaaaaaaa.. X sia-sia cikgu ketuk kepala kamu satu-satu guna kamus oxford yang kecil berharga lebih kurang rm14 saja itu dan yang lagi bagus lagi kamu tidak cedera(PHEWWW!!!).. huhu...

dan esok, bermula lagi mengajar dengan pantas...dan bermula lah kegemukan. Apa tidak, balik rumah sangat penat, makan dan lepas itu tidur. Nah..pengorbanan seorang guru yang rela menjadi gemuk untuk memajukan anak bangsa.. :D.. huhu.terima kasih murid-murid, satu lagi hari yang baik untuk cikgu hari ini.

-webber-

Ahad, 6 Februari 2011

tiada2 pun nie

Pukul 12.01 Pagi..
Lewat nie..dan saya masih belum tidur..
Mesti besok sibuk nie.. mau buat lesson plan..mau iron baju..mau cuci kasut dan stokin...O..mau beli beg baru la besok..Koyak sudah dii gia beg saya yang lama om cantik ee daddii.. :(
Tiada juga cerita yang menarik. sepanjang cuti CNY sya dirumah saja..ada kawin yangx sampai 200m dari rumah pun sya malas pigi..ntah kenapa nie..anti sosial betul. huhu

o. hari tu ada sukan sekolah2 zon1. kami no 8/8. emmm 100% juga .. haha. Tapi sepanjang sukan, sya tidak pun dapat enjoy tengok murid2 belari lari dengan penuh perasaan dan tenaga. Bertugas kan!. terpaksa nie di padang saja, sambil tunggu budak buat silap masa starting acara balapan, tiup wisel! itulah kerja sya. Pengalaman. Tapi syok juga.

hari selepas sukan skolah, cikgu2 + murid-murid buat lawatan di Mat Sator's Muzium kaitu(lupa sya), tugu mat salleh(lama x pi sini), Tvrc(Ikan dia punya BASAR!)..dan sangat penat. Sekembalinya saya dirumah. Terus tidur dalam kereta.. parking dan tidur. gila penat!..

itu saja. lain2..teda cerita. hari 1 nie (07hb022011) pii skolah setelah 1 minggu bercuti. WAH!...abis lah tu budak2, saya kasi belajar bersungguh2x. :D... x sabar mau tengok kemajuan nie budak budak semua. Moga2 usaha diberkati Tuhan. Amen. :D

ok la ..mau tidur dulu..!ohhh belum lagi..lepas nie mau tengok greys anatomy yang latest season..baru dowload yang petang tadi, tapi x sempat tengok sebab pii sunset mass(besok x payah ppii church)...skrg baru mau tengok la.. :D..

semoga kita semua sentiasa berhati baik. :D
bubye. :D

Ahad, 23 Januari 2011

pada satu hari..

Pada satu hari..
huhu..hari tu sya bagi murid2 sya kerja rumah. Ejaan saja pun. Kalau betul semua dapat rm1. kalau 1 salah tolak 10sen. Sya pun x tau teknik nie berkesan atau tidak. Tapi nampak murid2 sangat bersemangat mendengar dengan teliti dan berusaha memberikan ejaan yang betul. Sya belum semak lagi kerja rumah diorg. Malam sikit la.. :D
Tapi takut2 juga nie, menyemaikan nilai yang tidak baik untuk murid2 nie. Yala, nanti satu hari, diaorang cuma buat kerja dengan bersungguh-sungguh bila ada ganjaran yang kelihatan. Ganjaran macam belajar bersungguh2 untuk masa depan yang cerah, diorg tidak nampak pula.

Ada masa malas, tapi saya kelihatan rajin. Maksud dia, macam sibuk saja buat kerja(memang pun sibuk). huhu.. bah. ada tu cikgu cakap, " dapat guru cemerlang lah kau nie webber". x tau sindiran atau motivasi. Jadi saya anggap itu adalah motivasi. hahha.

jadi lepas nie mengajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dapat lagi jawatan kuli pungut duit(bendahari) untuk satu persatuan guru-guru daerah tambunan. Mula2 kena calon Pengerusi. Tapi Kalah dengan teruk, jadi kena kesian2, jadilah saya seorang bendahari. Tahniah juga la untuk diri sendiri. kikiki..

bah.. itu saja. bubyee.