Sabtu, 19 Februari 2011

only girl in the world..

...sebagai seorang ketua panitia, sya banyak pii attend meeting sana sini. jadi apa yang saya belajar? saya belajar untuk berdiam diri semasa meeting untuk memastikan meeting cepat habis. huhuhu. Banyak kerja Guru ketua panitia nie, selain meeting. Kasi sedia HSP, kasi sedia RPT, bukan untuk kelas yang diajar saja, tapi untuk kelas-kelas yang lain juga. Bulih kasi agih tugas bah kan, tapi tenaga kerja yang sangat sedikit dan juga sebagai seorang yang baru dalam industri pendidikan, segan juga mau suruh guru senior buat kerja. sO apa yang sya boleh buat cuma membuat semua itu dengan sendiri. Dan saya buat ini semua bukan untuk meminta pujian atau naik pangkat atau naik gaji. Tapi sya buat ini semua sebab itu tugas yang diamanahkan kepada saya untuk dibuat. selain itu, saya buat kerja tu semua supaya bila ada pihak atasan dari kementerian melawat kesekolah, saya tidak akan kelam kabut. Panik kah, apakah, pura-pura sakit perut lalu ketandas sehingga pelawat balik. Semua untuk jaga periuk nasi. Bukan minta pujian pun. Nama pun guru kan. jadi act like one. :D

ps/ tiada kena mengena dengan tajuk entri kali ini, sebenarnya semasa menaip, lagu rihanna-only girl in the world, berkumandang. :D

Ahad, 13 Februari 2011

ada yang ikhlas, ada yang tidak.

hari tu Father bilang, Paderi bilang(takut ada salah faham tu Father :D)..."Kehidupan kita dicipta atau diberikan oleh Tuhan, jadi sekiranya kita benci sama kehidupan orang lain, sama lah seperti kita benci Tuhan".. terus sya mengangguk tanda faham.

tarik nafas..hembus.

Banyak perkara dalam dunia nie yang kita sememangnya tidak faham. Orang bilang, kalau tidak faham, TANYA! hurm..tapi ada persoalan yang tidak boleh diberi jawapan yang tulus. atau tiada jawapan langsung. Kena paham sendirian berhad.

hurmm.. du,du,du,du,du. :D

Apa cerita? lesson plan untuk besok belum lagi dibuat. Saya bercadang untuk CRK kunun besok. Ada hal. dan yang pasti hal itu bukan melibatkan hati dan perasaan, melainkan hal yang mungkin tidak penting bagi orang lain, tapi penting bagi saya. huhu. Tapi ikut keadaan lah, kalau sya rasa rajin pii sekolah besok, sya pigi, kalau tidak sya ambil cuti rehat. Wakakak.. Tengok lah dulu apa macam. :D.

bah.. tengok lah dulu. :D

Rabu, 9 Februari 2011

Kau kena lagi PANTAS dari diorang!!!

WAHHH!!..marah nampak...:D.. inda bah. Kasi semangat baitu.
Mungkin baru sedar, atau sebelum ini sudah sedar tapi pura-pura tidak sedar, yang sebenarnya sya mengajar sekandang KUDA!!!!!..huhuh..bukan sya cakap budak sya otak dia macam kuda, tapi gerak-geri, kepantasan, tindak tanduk diorg sangat pantas nie!..maksud sia, kalau saya slow mengajar bak menari tarian melayu-yang-tidak-pantas-gerakannya(sebenarnya tidak tau nama tarian :D), budak-budak itu akan tersangatlah bosan dan mula membuat gerakan sepantas kuda!! berlari sana sini, menguap sana sini(dengan pantas, x sampai 10saat kemudiannya menguap lagi!!!), dan sanggup menghancurkan hari cikgu dia nie dengan melihat-lihat jam menunggu masa untuk cikgu ini keluar. :(

Tapi hari ini, saya lagi pantas dari diorg, dan murid-murid sangat terasa seronok melalui pengajaran cikgunya yang super kuda. Jadi Kamu ingat kamu kuda la.. ??? cikgu lagi supeeerrr kudaaa bah!!..kalau kamu bediri atas kerusi, cikgu bediri atas meja!!...hehe..bulih kah begitu? :D
tapi yang betul, semua murid yang saya ajar, kelas 3,4,5..sangat memerlukan cikgu yang pantas. Pantas nie(Wahhh Pantasnyaaaaa!!)..dan hari ini saya rasa sangat penat melalui 3 kelas ini sehinggalah masa pulang jam 1.30 petang, dan menyambung lagi mesyuarat pada pukul 2 petang sehinggap 4.30 petang, dan mendapat tahu bahawa dirinya dilantik untuk menjadi emcee satu pertandingan besar-besaran peringkat sekolah rendah seluruh daerah Tambunan!!(part last sya suka, buli glamer sikit :D)..LoL..

..tapi ending yang paling saya terharu dan suka, bila budak tu cakap, "syoknya membaca". Nah kan kangku nga, kamu suka juga dii membacaaaaaaaaaaaaaaaaa.. X sia-sia cikgu ketuk kepala kamu satu-satu guna kamus oxford yang kecil berharga lebih kurang rm14 saja itu dan yang lagi bagus lagi kamu tidak cedera(PHEWWW!!!).. huhu...

dan esok, bermula lagi mengajar dengan pantas...dan bermula lah kegemukan. Apa tidak, balik rumah sangat penat, makan dan lepas itu tidur. Nah..pengorbanan seorang guru yang rela menjadi gemuk untuk memajukan anak bangsa.. :D.. huhu.terima kasih murid-murid, satu lagi hari yang baik untuk cikgu hari ini.

-webber-

Ahad, 6 Februari 2011

tiada2 pun nie

Pukul 12.01 Pagi..
Lewat nie..dan saya masih belum tidur..
Mesti besok sibuk nie.. mau buat lesson plan..mau iron baju..mau cuci kasut dan stokin...O..mau beli beg baru la besok..Koyak sudah dii gia beg saya yang lama om cantik ee daddii.. :(
Tiada juga cerita yang menarik. sepanjang cuti CNY sya dirumah saja..ada kawin yangx sampai 200m dari rumah pun sya malas pigi..ntah kenapa nie..anti sosial betul. huhu

o. hari tu ada sukan sekolah2 zon1. kami no 8/8. emmm 100% juga .. haha. Tapi sepanjang sukan, sya tidak pun dapat enjoy tengok murid2 belari lari dengan penuh perasaan dan tenaga. Bertugas kan!. terpaksa nie di padang saja, sambil tunggu budak buat silap masa starting acara balapan, tiup wisel! itulah kerja sya. Pengalaman. Tapi syok juga.

hari selepas sukan skolah, cikgu2 + murid-murid buat lawatan di Mat Sator's Muzium kaitu(lupa sya), tugu mat salleh(lama x pi sini), Tvrc(Ikan dia punya BASAR!)..dan sangat penat. Sekembalinya saya dirumah. Terus tidur dalam kereta.. parking dan tidur. gila penat!..

itu saja. lain2..teda cerita. hari 1 nie (07hb022011) pii skolah setelah 1 minggu bercuti. WAH!...abis lah tu budak2, saya kasi belajar bersungguh2x. :D... x sabar mau tengok kemajuan nie budak budak semua. Moga2 usaha diberkati Tuhan. Amen. :D

ok la ..mau tidur dulu..!ohhh belum lagi..lepas nie mau tengok greys anatomy yang latest season..baru dowload yang petang tadi, tapi x sempat tengok sebab pii sunset mass(besok x payah ppii church)...skrg baru mau tengok la.. :D..

semoga kita semua sentiasa berhati baik. :D
bubye. :D