Selasa, 30 Mac 2010

...tiba-tiba...

rasa sedih nie, diketika tengah membuat lesson plan. :(
Mungkin sebab teringatkan masa praktium hampir tamat.
16/04/2010. Tamat Praktikum.

Refleksi.
1. Saya melihat diri saya sebagai guru yang bekerja keras untuk membuat murid-muridnya pandai.
2. Saya adalah guru yang penuh dengan lawak jenaka. Serius dan funny didalam kelas. sangat nakal diluar kelas.
3.Murid sangat senang(majority lah saya rasa), dengan saya.
4.Bila jumpa murid tahun 1, sya buat muka yang sangat happy sambil melambai-lambai tangan sama diorg nie. Tahun 1 sangat comel, melambai balik sambil tersengih-sengih happy dan malu. Sangat comel.
5.Bila jalan jalan diluar kelas, terserempak dengan murid-murid, saya dengan kechildishan memblock jalan diorg, dia jalan pi tepi, saya jalan pi tepi, jalan kiri, saya jalan kiri, jalan kanan, saya jalan kanan. :D. Budak yang kena buat begini, selalunya tengok saya dan tersenyum. :D
6.Dalam kelas, saya suka buat expresi muka yang lucu. Ketawa nie budak budak. :D

Semua yang diatas antara ciri-ciri kenapa saya disukai kanak-kanak disekolah.

hurrmmm..yang -ve.. belum sepat fikir lagi.. khakha.. focus on your strength ka diii.. n perbaiki yang lemah(?siapa lemah? LOL)... hahaha..

ps/ angkat bakul naik sendiri. :D

-webber_almost_finish_with_practicum_-

Ahad, 28 Mac 2010

Happy Palm sunday..:D

idea untuk lesson plan ada sudah dalam kepala.. cuma untuk dipindahkan lagi di dalam buku Merah tu..Malas bah.. haha..tapi mau buat juga la..takut lepas nie atas jam 2..start busy sudah. busy membuang masa berjalan jalan..lepas tu balik rumah, penat, tidur. terpaksa buat LP di seklah. iskk.. haha..jadi untuk mengelakkan kejadian seperti diatas terjadi, selepas menulis dlm blog ini saya akan terus membuat lesson plan saya dengan penuh nafsu. :D

Banyak kejadian sebenarnya.. yang berlaku sama saya kebelakangan nie. It makes me wiser i guess.. ingin berkongsi, tapi tidak perlulah.. peristiwa tu agak personal, dan bukan sangat personal.. hehe.. :D gantung kan? huhuhu..lain hari cerita la..

semalam jalan2x sama housemate.. lama kami x berjalan sama sama..4 orang nie.. kongsi2x cerita, ber'earth our' di grace point..dan sebagainya.. haha..sebenarnya pii makan saja pun..tapi seronok nie.. :D

yang tengah berbahagia, selamar berbahagia, yang masih mencari-cari kebahagiaan, semoga bertemu kebahagiaan yang dicari, yang tengah bersedih, life goes on. ok..

ingat, hidup kita ditentukan oleh kita sendiri. buat baik, dibalas baik, buat jahat jangan sekali. :D

happy palm sunday!... :D :D :D

and..to all readers, may GOD bless us always.. enjoy life to the fullest. make each day the most memorable day in our life!... again.. GOD BLESS. :D

ps/ call me when i'm 100% ready to be with YOU.

Khamis, 18 Mac 2010

broke!!!!!!!!! sangattttt dan amat sangat!!!

maraH!GeraM!benci!
iskk..campur2x nie perasaan..
sebab? sebab saya sangat cinta kauuuuuuuuuuuu!
huhu..
inda bei..
sebab yang sebenarnya adalah saya sangat bercuti, cuti ini. saya tidak update folio, saya belum hantar asgment yang due last week lagi, n saya belum buat lesson plan. sangat bercuti. gila nie! jadi? saya pandai marah diri sendiri. Kira lepas tulis blog nie mau update terus semua-semua. Sebab hari 6 nie saya balik K.K sudah! iskk..tambah pening kepala.
and..satu lagi.. i'm broke. Totally BROKE! hahah...

hensemboi : mami, bagi duit bikin isi minyak kereta?
mami : ...(sangat sporting and memahami yang si hensemboi nie x ada duit..jadi menghulurkan duit lah)..
hensemboi : ..(menerima dengan agak malu malu)..

jadi untuk bulan nie, sekali lagi keluarga penyelamat lah untuk makan,minum dan kereta untuk saya bulan nie. Saya berjanji akan menjaga kewangan dengan lebih berhemah!.. ram 1300 jah bah setiap bulan. apa macam mau idup? haha..sebenarnya banyak.. tapi kalau sudah membayar bulanan kereta + minyak, bulanan rumah+bil , kredit phone, beli teaching materials and hadiah budak budak sekolah.. haha.. bankrupt nie! simpanan sangat 0. dan..bermimpi untuk bercinta?!! cehhh..!!!!..ok la..saya tumpukan dulu lah mencari duit..cinta lain kali...kumpul harta dulu... huhu.. dan saya adalah lelaki yang sangat pentingkan kerjaya!!( tapi malas buat folio,lessonplan dan yang sewaktu dengannya!!)... ALASAN!

oo..saya pandu kereta saga hitam.. :D

apa lagi yang saya mau luah kan.. ada bah nie.. hurmm..lain kali la.. kalau ada mood mau kasitau..sya share..until then.. bubyee..bubyee dinner.. :(

-webber-
ps/ shout out to c.alv.b + kukuanga yang selalu melawat blog ini.. terima kasih.. huhuhu .. and God Bless U..s..u and us.. huhuhu.. :D :D

Rabu, 17 Mac 2010

i miss....

...my nokia xpress 5800 phone...

dalam proses pembaikan sekarang nie.. lepas nie.. kalau dapat sudah, saya berjanji akan menjagamu dengan sebaik-baik jagaan..

Macam tidak berapa sempurna hidup saya tanpa handphone saya yang agak mahal tu. Sangat tidak sempurna nie. Tidak dapat rakam video, tidak dapat tangkap gambar, tidak dapat dengar lagu yang best best, tidak dapat show off!!!..huhuhu..semua tidak dapat nie.. haiya..

ok..cerita.. skrg hari ke 3 sudah cuti. bercuti saja lah saya nie. tidak buat apa apa, selain makan, tidur, tengok tv, online. itu saja. ituuuuuu saja!!! haiya..tidak produktif nie. anywayyy...

sebenarnya saya tidak merancang pun mahu luahkan apa2x hari ini. tapi..kalau terluah, terluah lah.. huhuhuhu.

bah apa cerita. tiada cerita. ok.end of story.

saja untuk dikongsi kan..

hensemboi : mami, tolong tanya bah kalau dia ada boyfriend sudah atau tidak..
mami : ??????

Ada bah nie satuorg saya suka.. tapi suruh mama saya tanya dia, dia ada boiprend kah tidak.. hahah.. ada lagi kah org macam saya didunia nie? suruh mama lagi tu.. huhuhu.. ok la..

bah..palan palan kamurang...
-webber-

Khamis, 4 Mac 2010

saya cuma ingin menjadi guru yang baik kepada murid murid sekalian.

"marah cikgu sampai sini sudah ( sambil menunjukkan tangan di dagu) kalau sampai sini sudah ( menunjukkan tangan di dahi) kamu tau lah apa cikgu akan buat!".. begitulah saya mengertak murid murid kesayangan saya di 3 A tadi. saya pun kurang pasti kenapa tiba tiba ada 2-3 orang murid yang menunjukkan tabiat buruk mereka didalam kelas..

murid J bukan nama sebenar, eh..nama dia sebenarnya Mohd.Joey, mencabar cikgunya yang agak tengah marah nie " cikgu marah saja lah kami.", sambil tersenyum-senyum kerbau..hehe.. sekali cikgu dia nie, berteriak dengan kekuatan 7 dalam skala 10 ( suara saya di dalam kelas level biasa saja pun, pensyarah cakap kuat dan jelas, inikan pula kalau saya gunakan kuasa kuda tahap 7), semua budak tersentak. Ini kali ke 3 dalam 3 bulan saya menggunakan suara level 7 ini. Terdiam!Tergamam!..dan ada yang tersenyum..OK..TERSENYUM! seorang murid yang bernama Calvin Junior. "Calvin! Apa kau senyum senyum disana ?" kata cikgu ini yang sedang level 7 marah. " Cikgu nampak lagi kau senyum disana, cikgu suruh kau senyum sampai habis kelas!"..sekelip mata, senyuman yang agak comel itu hilang dari bibirnya. WAH!..mantap sungguh ini, kemarahan level 7. Selepas itu, kelas sangat diam, sehingga kalau tiba tiba cikgu yang tengah marah itu tidak dapat menahan kentutnya, akan kedengaran sangat kuat didalam kelas, walaupun kentut angin!..:D.. Kelas yang bertemakan "the three monkeys" pun berjalan dengan baik. Murid-murid semua memberikan kerjasama yang sempurna. :D

Cerita diatas benar-benar berlaku pagi tadi. Dan cikgu yang menggunakan suara kuasa kuda level 7 tadi adalah si penulis blog ini. Cikgu praktikum baru bah... :D

Cerita hari ini lagi, PNP agak sempurna. Ok, yang tidak biasa dengan istilah-istilah keguruan, PNP itu adalah Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)..PNP agak sempurna kerana saya ingatkan pensyarah pembimbing saya akan menyelia saya hari ini, namun saya tersilap, pensyarah saya menyelia kawan yang lain di sekolah yang lain. Maksudnya, kemungkinan besar, saya akan diselia pada hari ESOK!..kelas 1 jam! bersama dengan murid-murid yang suka mencabar kesabaran cikgu ini!. Wah.. sangat berdrama swasta. Tapi sebenarnya hubungan saya dengan pelajar tahun 3A sangat baik. Makan bersama semasa waktu rehat, berkongsi cerita ultraman! haha..tapi keakraban ini yang kadang-kadang disalahertikan oleh murid-murid 3A. Hari ini juga, seorang pelajar 3A, Firdaus Chung, salah seorang daripada pelajar kelas 3A yang sangat hebat bila membaca dalam Bahasa Inggeris, berpindah sekolah. Saya sangat sedih. :( . sekarang pun tengah sedih sikit sahaja. 2 hari sebelum ini, saya selalu tercari-cari murid ini.. dan hari ini dia datang bersama bapanya kesekolah, dan meminta surat pindah. Kebetulan masa itu saya baru keluar dari bilik guru untuk masuk ke kelas 3 A. "Firdaus, mari ikut cikgu masuk dalam kelas. Ucap selamat tinggal sama kawan-kawan yang lain." Murid yang sangat hebat pronounciation Inggerisnya didalam kelas pun mengikut saya masuk ke kelas. Dari jauh lagi, kedengaran suara-suara murid-murid kelas 3A. "Ok kelas, hari ini Firdaus akan berpindah dari sekolah kita, cikgu mau kamu satu-satu datang kehadapan dan bersalaman dengan dia. Ucapkan selamat tinggal dan jangan lupa minta maaf kalau kamu ada buat silap sama dia. Firdaus kau pun minta maaflah sama classmate kau semua ni." dengan nada agak sedih dan suara yang agak gementar saya katakan kepada Firdaus dan murid-murid kelas 3A. Adegan bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dihadapan mata saya itu cukup mengharukan. Kalau sekiranya ada pelajar yang menitiskan airmata semasa adegan ini berlangsung, sudah pasti, cikgunya yang baik dan kadang kadang menggunakan suara kuda kuda level 7 ini mungkin akan menangis bersama. :(. 3 bulan sahaja, dan saya mula merasakan kehilangan..dan untuk membuatkan cerita ini bertambah sedih, Firdaus murid tahun 3A, semasa makan bersama cikgunya ini, secara spontan berkongsi makanannya dengan cikgu ini. :(. sedih nie. *tears*. Semasa saya menghantar Firdaus balik ke bilik guru, saya sempat berpesan kepadanya, "kau jangan risaulah, mesti kau senang dapat kawan di sekolah baru nanti. Cikgu mau, kalau disini kau pandai, bila pindah disekolah lain, mesti semakin pandai!"..pesanan terakhir dari saya kepada murid yang bernama Firdaus Chung. Sedih nie, baru 3 bulan dan sayang saya kepada semua pelajar 3A semakin menebal dari hari kehari. saya sendiri bersoal jawab dengan diri saya " kalau peristiwa begini pun saya hampir-hampir menangis, macam manalah hari perpisahan nanti?" ...dan sayup-sayup jauh di lubuk hati saya ingin mengelakkan diri daripada menghadiri hari terakhir saya disekolah Sk.Bantayan ini. hurmm..

Ok la, sangat panjang drama hari ini. Apa yang saya tahu, saya ingin menjadi seorang guru yang baik. Bukan sahaja pandai minta puji didalam kelas. Ya saya akui saya kadang kadang agak riak di dalam kelas, namun maksudnya bukanlah untuk saya berasa riak, cuma untuk menghiburkan hati murid murid didalam kelas. Daripada markah-markah yang saya dapat daripada pensyarah dan guru pembimbing saya setakat ini, mereka juga bersetuju, saya adalah guru pelatih yang agak baik.. ok. webber. sabar. jangan.nangis. ada.lesson.plan.yang.perlu.dibuat. bye!

-webber_ingin_menjadi_guru_yang_baik_kepada_murid_muridnya-