Sabtu, 30 Januari 2010

penat nie.. ZZzzzZZ

...P.E.N.A.T...

kenapa kah? driving bah..sejak ada kereta nie(walaupun pinjam :D)...drivin saja kerja. hantar si A pii sana..hantar si B pii sini...hantar si C pii situ.. hahaha..skrg jam menujukkan jam 11.42mlm. baru balik driving lah nie. penat..sangat.. penat :D


apa lagi yg penat dalam hidup saya? hurmm..mengajar budak? x penat, tapi seronok!..tapi masa untuk mengajar 10 jam saja seminggu. di sekolah sebenarnya bukan penat kerja, tapi penat duduk... haha..gila kan?

bah..cerita pasal praktikum la.. hurmm..praktikum ok, budak ok, jajal tapi berakal.. kadang-kadang budak-budak nie lagi pandai dari saya(cikgu diorg).. saya di sekolah ok.. waktu rehat, sya bawa bekal pii sekolah n makan sama budak budak sekolah nie. :D.. seronok juga.. ada budak tanya " cikgu kenapa bawa bekal pii skolah?".. saya jawab "Cikgu bukan macam kamu, banyak duit"... haha..tapi sebenarnya seronok makan sama budak-budak sekolah nie. banyak cerita.

Class yang saya mengajar, ok. ada masa saya tumpukan sama budak yang nakal di kelas, budak yang rajin + baik, cemburu pula. ada masa saya tumpukan perhatian sama budak rajin + baik di kelas, budak nakal + pandai nie, buat hal. iskk.. haha..hidup sebagai cikgu sekolah.. u win some, u lose some.. haha..tapi ok bah.. bagus diorg. jajal tapi kalau x nakal, bukan budak lah bah nama dia tu kan?

PnP berjalan ok, cuma saya belum pandai kasi bagi masa lagi.. selalu saya terlebih 10-15minit. ambik masa cikgu lain. nasib baik diorg ok..:D terima kasih cikgu.

hari tu..pulang sekolah..sya tegur budak budak.. "aikkk x mau salam cikgu hari ni?" huhuhu..mau-mau kena cium tangan nie.. budak budak terpaksa(atau suka)..pigilah cium tangan cikgu dia yang hensemboi ini.. haha..

ya..ok la..banyak pula cerita kan? sya kasi letak gambar sekolah saya dulu la sini.. tengok2x lah dan renung-renungkan. haha..bah..sya mengantuk sudah nie. mau tidur dulu..till then..asta la vista reader.. :D










Isnin, 25 Januari 2010

pelajar cium sya.. :D

highlight for 2day..
tadi saya kena observe oleh guru pembimbing saya di sekolah.. bukan pensyarah pembimbing ah!..guru pembimbing. agak kucar kacir juga la..tapi sya rasa..all in all.. ok la..budak budak kan..kalau x jajal aka nakal bukan lah budak nama dia. haha..

tapi itu bukan highlight yang paling terhighlight lah untuk hari ini.. yang paling menghighlightkan diri adalah..murid cium tangan saya sebelum pulang!!!! :D :D.. terharu nie *tears*.... lepas tu sya pegang kepala diorg saya cakap 'baik baik jalan ah'... wah..sangat kebapaan..

ya..sya terharu nie.. huhu.. 1st time kan :D

...anyways..praktikum setakat ini.. boleh la.. x juga lah teruk.. boleh la..
sekali lagi sya tegaskan..budak budak bah, kalau x nakal bukan budak nama dia.. :D
cover!

-webber-

Ahad, 24 Januari 2010

cerita sang penulis..

pada masa,saat dan ketika ini, sang penulis blog merasa badannya amat lemah. Tidak tahu mengapa, akhir-akhir ini dia agak tertekan dan sering marah-marah. Nasib baiklah ada juga kawan tempat mengadu. Mengadu tentang kerja, masalah 'rumahtangga', masalah itu, ini..dan sebagainya. Terima kasih kawan. :D

Sang penulis blog, ingin mengharungi hari-hari sebagai seorang guru dengan bersemangat dan gembira, namun ada saja 'benda' yang menghalang.

....

saya berharap hari esok akan lebih bersemangat, lebih berkualiti, dari hari-hari sebelumnya.


ps/ untuk kau yang bakal saya cintai dengan sepenuh hati, jiwa dan raga.. saya ingin mengatakan yang saya amat mencintai kau dengan sepenuh hati. hurmm..cinta...!?

-webber-

Khamis, 21 Januari 2010

jangan buat begini.

jangan jadi macam saya.
kenapa? tadi masa masuk kelas sya terduduk, terdiam, termangu seketika(agak lama juga). membiarkan budak budak membuat kerja sendiri, bermain. habis sudah lah karier saya sebagai seorang guru. Matai!

hehe..tapi yang sebenarnya walaupun budak budak sekolah ini sangat nakal, tapi mereka sebenarnya berhati baik. Budak2x kadang kadang kita kena biar diaorg buat apa diaorg mau buat. huhu. cikgu kah saya nie? hurmm.. saya pun tidak paham teknik apa yang saya gunakan.(membiarkan budak budak bermain di kelas dan tidak ada pnp yng jelas?abis la).

hurmm. cuba lagi la.

haha.. bukan senang mau jadi cikgu nie. sangat susah hati. :D or :(. huahua. bingung!
-webber_still_believes_that_every_child_is_Special-

Selasa, 19 Januari 2010

hurmm cikgu kah?

aloha!

nah.. sudah selesai hari ke-2 berpraktikum. Apa macam lah kunun. Hurmm.. haha.no comment dulu. masih terlalu awal. khahka..(cover lah tu, x pandai mengajar!)..

lesson plan belum start buat. Buku rekod praktikum masih 'virgin' lagi. belum ada contengan.
iskk..gila nie. malas betul.

tapi apa bulih buat. haha.. bah sya mau rajin sudah dii. oki.

itu saja la. sekolah tempat sya praktikum ok. sya dapat class pun sya rasa, boleh la. budak bah kan? bukan budak lah tu kalau x lari2x, naik atas meja, masa cikgu mengajar kan? (cover lagi, tiada class control).. hahaha..

ok la tu jah.

bingung!
-webber-

Ahad, 17 Januari 2010

huhuhu.Praktikum!

PRAKTIKUM!! BESOK!!! OK! PANIK!!!..not!!..
haha..besok saudara penulis blog ini akan menjadi seorang guru pelatih yang berpraktikum di sk.bantayan inanam. :D . Kalau mau diikutkan, saya memang tidak menyediakan apa apa untuk hari pertama ke sekolah. LANGSUNG TIADA!. kecuali borang2x sekalian yang perlu diisi lah!
WAH! sangat tidak sangka! besok PRAKTIKUMMM! Excited nie untuk berjumpa dengan kanak kanak sekolah. huhuhu. jagalah kamu semua sana, cikgu rotan punggung kamu!. :D
mbah. wish me luck. tapi saya ada perasaan saya akan buat yg baik. bila lagi kan?
-webber-

Jumaat, 15 Januari 2010

atastarikh untuk hari ini. :D :D

pembuka kata dalam kehidupan kita ini kadang-kadang apa yang kita lihat, dengar dan rasa adalah sesuatu yang amat berlawanan dengan apa yang berlaku sebenarnya penutup kata

huhuhu. Apa lah maksud yang diatas itu? saya sendiri pun sebenarnya sangat tidak faham. bagi mereka yang faham, tahniah lah. bagi yang tidak (yang macam saya ini :D) hurmm..berusaha lagi.

BERITA GEMBIRA. tapi saya tau yang sebelum di tangan, tidak boleh merasa sangat excited. Ini kerana dikhuatiri berita gembira itu adalah tidak benar semata-mata. berita apa lah yang saya katakan gembira itu? esok, kalau tidak ada aral yang melintang, maka saya dan kakak saya akan pergi mengambil kereta baru di proton. kereta ini sebenarnya harta kakak saya, tetapi dipinjamkan dahulu kepada adiknya yang sangat bergaya ini, untuk praktikum.

Selepas ini, saya mungkin hidup dalam kemiskinan. kenapa? ini adalah kerana, saya terpaksa membayar bayaran bulanan kereta itu sebanyak rm449 sebulan. ditambahkan lagi dengan bayaran sewa rumah rm150 dan juga bil streamyx, bil air, bil elektrik dalam rm 100, maka saya boleh diisytiharkah mufilis pada bila bila masa saja. :D

sangat banyak benda yang perlu dibayar. :(

Hari isnin ini, merupakan hari pertama saya akan melaporkan diri sebagai guru yang diajar dalam latihan.(???). guru latihan yang mengajar yang dihantar.(???). sebenarnya guru yang dihantar latihan untuk mengajar.baru betul. huhuhu. Apakah subjek yang bakal di ajar oleh guru itu? guru itu ditugaskan untuk mengajar sekurang kurangnya 8 waktu seminggu untuk subjek bahasa inggeris dan 2 waktu seminggu untuk subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Besar lah harapan saya, agar guru itu dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan murid murid akan sangat saya kepada guru tersebut. saya juga berharap guru tersebut mendapat banyak hadiah daripada pelajarnya semasa majlis perpishan nanti. hahahaha.

ok lah..setakat ini laporan atastarikh dari saya. sekian dan terima kasih

berani kerana benar.
s.webber.z
update terkini 16/01/10 . 11:01A.M : post-poned ambik kereta. hari isnin baru ambil. jadinya hari isnin nie terpaksa menyusahkan saudari evvie marie yang cantik untuk bersama sama melapor diri ke sekolah. huhu. :D

Khamis, 14 Januari 2010

tinggal3harilagi.

hari 4 aka khamis.
huhuhu.. jadi tinggal besok lagi lah pi ipg, then next monday akan melaporkan diri di sekolah.
PRAKTIKUM. EXCITED! huhuhu.

jam 7. apa hal belum jalan pi maktab nie? huhu..tunggu kawan singgah la. kawan yang bernama evvie marie. cantik nama dia, secantik org dia juga. (ok EV lepas ni belanja sya makan :D).
hari nie selain ianya merupakan hari khamis, hari ini juga saya ada kelas malam bermula 7.30mlm. Tutor mau tengok kami punya lesson plan.

bah..mau pii pakai minyak rambut dulu, sebelum melangkah keluar rumah.
semoga hari ini, semua berjalan dengan baik dan lancar.

btw "mana earphone sya.?? hilang lagi kah??..haiya..nanti kalau bosan dalam class, apa lah sya mau dengar nie???

update later..bubyee..

-webber-

Isnin, 11 Januari 2010

kenapa bah kau berubah? kenapa bahhhh!

pembuka kata mungkin perlahan-lahan kita semakin jauh dari orang yang kita sayang, dan akhirnya sayang itu hilang buat selama-lamanya penutup kata

hihi. PRAKTIKUM!! 6 HARI LAGI!.. yehaaa.. SERONOK. !! :D. kalau mau jadi cikgu, kata kunci yang paling penting adalah "sayang budak". mesti ada perasaan ini!. kalau tidak ada, susahlah hidup untuk menjadi seorang cikgu yang berjaya dan kacak/cantik. :D

jadi. adakah saya ini sudah bersedia untuk berpraktikuming. YA. SAYA MAHU.(aikkk ini macam jawapan kalau mau kahwin di gereja saja nie).. ok. la. Saya rasa saya akan ok. cuma perlu tambah kreativiti, ABM or BBM , hurmm sya rasa sya full package sudah. hkahkhka.. suara saya untuk menjadi cikgu sangat baik nie. Lantang. Menurut Pn.Norlila ketua jabatan (lupa saya).. haha...dan jangan lupa, saya juga menarik. uhuk! hahahahaha..

hari ini ada cerita. Apa cerita? ini cerita dia. hari ini saya dapat tahu yang saya telah diexemptedkan dari ambil TITAS. Hati sangat gembira. Sebenarnya agak Gembira. tapi tidak lah terlebih lebih gembira. lepas tu kan, petang tadi saya punya exempted'tan' kena tarik balik. Maksud dia saya kena ambil Titas sem nie. *_____*

huhu. yalah bila dapat tau sesuatu yang belum confirm lagi, jangan terlalu excited..nanti takut berita itu tidak menjadi sepenuhnya. Macam hari ini, kakak saya sudahpun menandatangani agreement dengan bank untuk pinjaman kereta(yahoo!). Besok sekiranya tidak ada aral yang melintangi jalan, saya dan kakak saya akan pergi membayar deposit kereta tersebut(yahoo!). Dan besarlah harapan saya agar dapat memandu kereta baru itu pada hari jumaat ini(yahoo!). Tapi saya tidak akan super-excited sebab belum pandu lagi. hahaha.

Apa kena dengan tulisan saya dengan B.M yang agak lengkap ini(walaupun cuma mendapat A2 dalam SPM 1999)...wah lamanya tu.. Mungkin ini corak penulisan yang baru. khakhakha. Agak janggal namun akan menjadi kebiasaan. Saya hendak menulis sebegini. :D

Nanti saya akan updatekan lagi blog ini. sila bersabar.

Pembuka kata saya agak sedih melihat kau berlalu begitu saja, tanpa memandang ke arah saya. tapi saya tahu ini lah yang terbaik untuk saya, kau dan dia. Penutup kata

-webber_yang_dilalui_tanpa_dipandang-

Sabtu, 9 Januari 2010

..jati diri..

apakah bendakah jati diri ini?

???????

bila kita yakin sama diri kita sendiri (jgn over la!), semua pasti akan berjaya. Jangan fikir banyak bila buat perkara yg +ve. Buat saja. huhuhu. Tidak apa lah kita kena ketawa skrg, jangan lain hari kena ketawa. lagipun siapa bah juga mereka mereka itu? bukan sesiapa pun. huhuhu.

bah..jadi.. sya mau praktikum sudah after next week. :D. yakin juga la. tapi x over. huhu. 12minggu tu..gila la..adalah yang menangis hari perpisahan guru nanti.kha!

wah Loan kereta kakak sya sudah kena approve. jadi? next week dia urus saki baki yg perlu diuruskan. Jadi? sya harap boleh pinjam tu kereta untuk praktikum. huhu.

bah..update lagi lain kali..skrg sya tengah download film hindi nie..cerita pasal cikgu yang sangat percaya sama karier dia. lakonan. Amir khan. huhu..mau cari inspirasi dulu. Pasti berjaya di akdemi..i mean..IPG. haha..

signing off..-webber_bakal_cikgu-

Khamis, 7 Januari 2010

apa lagi nie???

hari nie sya agak kesentimentalan sikit..skrg tengah menulis blog sambil dengar lagu jiwa jiwa nie..perasaan bercampur-campur nie.. sedih,rasa x senang, marah.. sya pun x tau kenapa..mungkin sebab sya tau sya sangat sukakan seseorang skrg nie. haha.
Patut sya gembira lah kan.. tapi kenapa pula sya sedih,rasa x senang n marah skrg? sebab org yang sya sangattttt sangattt suka tu sudah pun ada orang yang menyayangi..dia kasitau sia..huhhuhu..sedih nie.. entah kenapa nasib sya sebgini malang. huhu.. x juga la malang tapi..hurmmm..memang x ada nasib lah sya mencari jodoh nie.. tapi jangan risau, sya x pernah putus asa.. :D

malam nie mau layan perasaan saja.. mata x boleh tidur..sebab saya sangatttttttttttttt sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa diaaaaaaaaaaaaaaaa. :D
hahaha. bah layaning perasaan dulu, nanti malam sikit jam 2 atau3 pagi start buat report and rph. maksud dia x tidur saya malam ini, sebab saya mengambil keputusan untuk melayan perasaan... sebab..saya sangat sukaaaaaaaaaaaaaaaaa kau....
sangat suka sampai sya x sanggup tengok urmm...tengok apa? haha..bingung!

kalau lah kau mau tau..setiap malam bila sya tutup saja mata, tiada benda lain di kepala saya selain tidur sambil terbayang kau nie. :D .. tapi sebagai insan yang bermoral tinggi dan jauh sekali mau merampas hak orang lain(sebab kau hampir dimiliki ni)..saya beralah.. tapi sya tetap meneruskan kerja bermimpikan kau setiap malam, sampailah sya dapat pengganti lagi.. :D

hahaha..bah..sya mau dengar lagu jiwang dulu la..

ps/ "ehhhh..lagu sayaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Rabu, 6 Januari 2010

and then here i go again..

hari nie penat saja..banyak kerja lagi mau dibuat.tidur dulu la. huhu.
x ada cerita yg menarik juga..cuma tadi jalan2x pii tengok sekolah tempat bakal praktikum. baru sya nampak budak2x dari cermin tingkap kereta kawan sya pun, sya start sudah teriak2x(garang!). hahha.. gila nie..bakal cikgu garang.

lepas nie ada RPH mau kena buat. skrg 10.45 mlm..baru balik dari tengok alvin n the chipmunks. jadi mau rehat dulu sampai 12mlm gitu..then bangun balik buat rph yg perlu kena bawa pi class besok. haha..last minute jah kerja sya nie. ini lah nie kalau banyak aktiviti(x pandai organize diri bah sebenarnya)..

bah..kalau lah sya ada seseorang yang sya betul betul suka skrg..ini pesanan sya untuk dia.. "sya suka bila kau ketawa dengan kuat dengar lawak dari sya..n..sya suka yang kau ambil berat pasal sya".. ya..and again..belum ada pun yg istimewa nie. tapi betulkah?

haha..

-webber_si_pencari_jodoh-

Selasa, 5 Januari 2010

just another crap...for today..tapi betul juga la.. haha

hurmm..the i-want-to-get-married-and-have-babies-with-you syndrome really kicking in in me.. haha..x tau la kenapa?.. hari nie jalan jalan sama kawan, tejumpa satu bapa n anak, discuss about the kid school..terus rasa.. "WAH. saya pun mau ada anak sudha, bulih becerita-cerita sama anak"..tiba tiba nie.. gila eh.. kalau ikut betul.. physically,emotionally and sexually, sya sudah bersedia.. tapi financially..belum lagi.. khakhaka..money! it's always about money..! tapi inda apa bah.. lagipun sya ada plan mau kahwin 20/12/2012. huhuh..

skrg mau concentrate on praktikum dulu la.. banyak benda yang sya x tau..dari segi pedagogy and methodology in teaching.. kena refer balik buku..tapi di'dalam' sya memang sudah ada sikap keguruan. Kan mau jadi bapa? hahaha

hurmm.. kalau skrg sya ada sesorang yang istimewa dihati..sya akan tulis begini..

"..sya sangat suka sama kau..suka nei, biarpun kita berjauhan i still can feel your presence around me..kadang kadang sya akan tutup mata, dan dengar ketawa kau dari jauh pun, sya rasa bahagia sudah. thanx for the laughter, thanx for making me happy "

ya untuk k.a.u!



bah ini muka sya terbaru.. dengan penuh tidak ada kemaluan, sya mengadvertise sya punya seluruh hidup... bah siapa yang sudi mau kahwin sya nie??

update untuk 04/01/2010


sue : webber kenapa nie gambar kabur

webber: x apa bah tu sue, memang begitu.


maka terhasilah pic dibawah. Untuk Suhaila Binti hurmm..lupa..haha..ini bukan lagi blur nie..ini begegar tu tangan. haiya..anyways..ok juga la..10q Sue

Pic diatas tu..basically the most memorable thing yang sya buat hari ni... and noble. huhu. last menderma darah tahun 2001 or 2002..8 years ago. wah! sangat bagus. jadi sya decide to be a regular blood donor for this year. dorang cakap, after 3 months dari last derma darah baru boleh derma balik. so bulan 4 nie, menderma lagi la sya. jumpa bah kita di QEH. sama sama menderma. dapat nasi ayam free lagi. :D


hari ini..wah.sangat seronok nie, pigang pigang tangan orang. huhu. banyak bersalam salaman. yalah setelah sekian lama x berjumpa kan. huhu. ok la.

jadual waktu pun ok, paling lewat class until 12.50 saja. hahhaa..sangat seronok.


Wah sangat ramai orang dalam class yg kasi masuk 'mau kahwin' sebagai their new resolution. x tau tahun nie kah tahun nanti. tapi yg pasti sya mudah mudahan, 2012 kahwin. :D :D.. iskk kahwin saja sia cakap. calon teda.. teda? siapa cakap tiada..ada bah. webber bah nie. kalau x ada calon bukan webber la nama dia. huhu. siapa? K.A.U. huhu.


ok la. itu saja untuk hari nie.

relax saja la...datang juga K.A.U tu nanti.


:D :D :D



ps/ 18.01.2010- saya akan praktikum di sk.bayangan inanam. :D. kalau

mau minta autograph datang lah beramai ramai. :D. after working hours okies.. huhu


update..baru check sia punya lama lama punye entries.. tejumpa pula ini.. haha..




Ahad, 3 Januari 2010

saya??tersenyum??

haiya..10.15mlm nie..besok 1st day untuk 2nd sem sebagai guru pelatih..dan sya skrg tersenyum. x tau kenapa,x tau apa yang sya ingat. khakhakha..harap2x ini petanda yg this year will be a good better great year untuk sya.
atau..memang sya nie si penyenyum yang misteri. khakhakha. gembira nie hati. tapi x tau kenapa. misteri..misteri..mungkin sya bakal terjumpa bakal bini besok??? hah! astaga...jadi??? apalah sya mau buat nie???*panic*...huhuhu..amen.
oo ya..sem nie adakah banyak kerja kursus yang perlu dibuat?*pening*..tapi yalah apa guna otak yang cergas dan bergaya kalau x dipenuhi dengan kerja kursus.. huhu..fikir positif jah. ya.pasti boleh. boleh dapat. dapat apa? dapat bini! khakhak..tiba tiba.. :D
bah. jadi guru pelatih yang macam mana sya mau jadi sem nie? sem lalu, hurmm..started of very well but ended up not so quite well..haha..this sem? YA PULA!!! this sem ada E>X>A>M!!!! a.s.t.a.g.aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.! jadi? hurmm exam saja pun..bukan mau pii register kahwin. khakhaka..kahwin? lagi? hahah.. :D
to the left! to the left..ka di.. hahahha...siapa to the left? hurmm calon bini to the left. calon reject..hurmm pandai pandai la. kahkahka..siapa lah bini sya nie nanti.. :D sya tertanya tanya nie.. misti seseorang yang sangat 'indah' sama 'aman damai' di mata sya. siapa kah kau yang hati sya tercari cari nie? adakah si baju biru? huhu..dulu dia..tapi skrg mayB jumpa orang lain lagi. :D
syok nie..ada mission. cari bini. WAH!..sangat bagus. tahun nie..tahun cari bakal bini! :D :D :D..
bah angkat tangan siapa mau jadi calon?
ps/:D :D :D

Jumaat, 1 Januari 2010

kha!kha!kha!khawin lagii..

Kepada stellanada elity sulaiman!
ko buat sya terharu didalam church..
masa ko baca kau punya wedding vows( kau nangis nie..) uwaaaaa,
sya pun terharu nie..gila..sya mau ikut nangis sudah..
huhuhu..
sangat gembira sebenarnya membuka 2010 dengan attend kahwin ko..
01/01/2010..sya ingat sampai bila bila, sebab, ko punya wedding sangat mengterharukan.
huhuhu..
i wish u all the happiness in this world..u really deserve it. ko tau kenapa? sebab..kau kiuttt nie...macam sya..org kiut macam kita mesti kena bless dengan segala kegembiraan di dunia nie..
huhu..sya dengan segala keikhlasan dan bersungguh-sungguh wish ko and husband semoga hidup bahagia sampai akhir hayat, beranak-pinak, dan dimurahkan rezeki... huhu..
ko mesti datang kalau sya kahwin. sebab sya pun mau nangis juga masa baca wedding vow saya. huhuhu..sangat happy nie. thanx for the 1st class layanan masa dalam church..org lain berebut ambik gambar, kami juga yang kau kasi chance..banyak lagi tu. huhuh..thanx mrs.Clifford!.
(btw...husband kau sangaaattt tinggi nie..huhuhu..dan kau sangat rendahh..opps..sangat comel. hahah)..

















ps/ uwaaa...terharu nie... dan sangat gembira..huhuhu