selalunya setiap hari saya lebih suka baca berita hiburan berbanding bacaan yang lebih membuka minda. Hemm..oleh kerana pilihanraya pun makin hampir, jadi saya pun bacalah blog2x yang berkaitan dengan pilihanraya. Membuka minda juga la..saya sebenarnya tidak kisah siapa menang atau siapa yang tidak menang pilihanraya kali nie. Sebab utama kenapa saya tidak kisah ..mungkin sebab tidak kira kerajaan ataupun pembangkang yang menang,Malaysia khususnya Sabah masih akan tetap aman damai. Apa yang diperjuangkan oleh mereka2x yang ingin bertanding, pada pendapat saya adalah hanya untuk kepentingan peribadi saja. Setakat ini hidup saya di sini aman damai. Ooh tapi apa yang saya 'BENCI' pasal politik nie bila mana saya tengok orang2x yang berpangkat besar(dalam politik) nie hidup melampau lampu mewah! Cemburu? Ya. Mestilah cemburu. Tapi bila difikirkan balik orng2x nie kaya pun sebab usaha mereka sendiri( me berfikiran +ve). Tapi betul kah usaha sendiri??? Berapa juga bah gaji nie YB2x kita skrg? sampai rumah pun boleh buat harga lebih rm500K. Kereta pun jenama luar negara(Besar2x lagi tuh). Proton perdana tu setakat mengaburi mata orang orang sekeliling saja. Tapi sebenarnya bila balik rumah, hemm tidak lah mungkin sampai bersepah mercedez tapi ada lah 2-3 biji( DUA ,TIGA biji saja!!). Dari mana bah nie pemimpin dapat duit banyak nie? hemm.. mungkin ada business sendiri. OK lah kalu gitu. malas mau fikir dimana hamba2x politik nie dapat duit. Rasuah lah bah kali tuh..tidak menuduh mana mana pihak ok. saja memuaskan hati sendiri.. Sabah y
ang saya dengar kali nie pembangkang lagi kuat? betul kah tuh? hemm, hanya orang2x yang minat politik jah yang boleh tau nie scenario. Kalau saya, siapa yang saya sokong tuh, saya cakap lah makin kuat. Anyway Jawapan kuat atau tidak nya pembangkang di sabah, tengok jah result pilihan raya. Musa kena sue oleh Chong Kah Kiat? hebat nie.. CM vs ex-CM.. this will be interesting match to see...Hemm kes rasuah bekas Pengarah Pendidikan sabah yang dulu-dulu tuh pun x tau apa jadi. Pending kali. Mungkin kes CM vs ex-CM nie pun pending juga. Settle out of court. Whatever. Saya benci PENGAMPU. haha..tiba tiba.. yala bah, maksud saya orang orang yang mengampu untuk berjaya. Ciss Bedebah! harap-harap tiada orang yang fikir mengampu tu pun satu Usaha. Bila kita cakap Perkataan 'USAHA', dalam fikiran saya usaha sepatutnya sesuatu yang susah mau dibuat tetapi kita buat juga untuk masa depan yang cerah. Adakah usaha yang tidak susah? usaha yang tidak susah tu bukan nama dia usaha tapi ahasu. hahaha ..merapu sudah nie. x tau mau cakap apa lagi. bnla bla bla..kalau ada idea..nanti tulis lagi lah..
bubyee/
Rabu, 13 Februari 2008
Apa yang saya baca..dan Fikir sekarang.
Dicatat oleh merapuswz@webber di 11:17 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan