..haha..amacam..panjang kah tu tajuk.
itulah yang yang sya pii attend hari sabtu yang lalu.
syok juga la. syok minta puji. hkahkah. Ramai pula orang orang mau jadi pegawai diplomatik nie. Dalam kelas yang sya ikut tu pun ada lebih kurang 50 orang. kami guna 2 kelas. adalah dalam 100 orang. baru yang tempat kami. di kk saja ada berapa pusat exam. campur campur seluruh SABAH!..kalau boleh lepas mesti untung la..tergolong dalam orang orang yang..urm..HEBAT..mungkinla.
sya ada baca baca forum..siapa yang lulus tu exam..pii attend kursus lagi selama 3D2N entah dimana. ada uji stamina (lari lari 2.4KM dalam masa 20min yang diperuntukkan).. then debat pelbagi topik dalam dua bahasa, BM N BI. lepas selesai semua nie..siapa siapa yang masih..HEBAT..akan pii next stage.. TEMUDUGA..kalau masi hebat..baru boleh dapat tuh kerja..haha..susah kan?..
i'm keeping my fingers cross saja nie. So apa yang sya rasa pasal exam yang berlangsung 1 hari start jam 9 - 4.05 petang tu?..yang 1st paper tanya pasal apa apa yang ada kaitan sama malaysia. susah juga. pesanan untuk budak budak SPM..or..STPM.. Baca terus tu SEJARAH MALAYSIA kalau rasa rasa mau kerja sama government. SIapa cakap sejarah x penting ? ..n mau kena alert juga la sama apa apa peristiwa sepanjang tahun yang terdekat..2007,2008 begitu..
lepas tuh pengetahuan am.. karangan BM lagi.. tajuk tajuk yang diperbincangkan..sya cakap la..TIDAK SENANG!..you need to have the knowledge in order for u to discuss any of the topics. ada tiga topik. Susah o. Pilih Satu pas tu mengarang dalam 300-500perkataan.
lepas karanagan BM..ada Esei Inggeris lagi. Haha..ini pun mantap. format lebih kurang macam Buat esei BM..tapi jumlah patah perkataan 200-300..tajuk dia pun mantap juga.
Lepas berhabis berfikir menghabiskan idea buat esei BM + BI..tiba masa buat Matematik. ada 40 soalan buat dalam masa 45minit. Soalan matematik dia memang senang..tapi kalau 1 soalan pun mau buat 2 minit..kesian la..dapat jawap dalam 20 soalan saja. kena PANTAS lah menjawap sini. sya sendiri pun sempat jawab dalam 25 soalan saja..yang lain main tembak tembak saja la.
lepas buat matematik..ada tu baca passage BM + BI..and jawab 20 soalan..sya ingatkan ini part yang paling MUDAH! rupa rupanya ini yang paling SUSAH antara semua. gila betul. Pandai tu SPA save the BEST(and the exam's seater worst nightmare) for last. ahha..so lugai lugai saja lah menjawab. nasib OBJEKTIF.
anyway. Apa sya rasa. Sya rasa sya Mungkin Lulus. Tidak lah sya cakap..ala gagal lah nie..tapi sya rasa boleh LULUS..hehe.. :)
ada sya jumpa juga kawan kawan disana yang sama sama beradu nasib. Tapi diorang ada kerja..sya tiada.. ahha..at least kalau diorang fail pun diorang ada back-up(harap harap diorang FaiL!..hkakha..inda bah main main jah..)
so may the best men or women PASS la.
harap harap sya dalam golongan yang 'best' la.
ok bah tu...tapi sya mau keep on reading the our malaysia history. Penting tu..n syok juga membaca balik nie. tapi nanti sya start besok lah baca. O ya mau prepare lagi Mtest or Medsi punya exam. banyak betul nie..yalah tiada kerja kan..cuba lah semua. harap harap boleh sangkut salah satu.
tapi menurut kakak sya yang cantik itu... dia cakap.. "webber semua pun kau dapat tu, sampai kau pening kepala mau pilih mana satu!" ..AMEN to that.. hahaha
ps/ mau puasa sudah untuk yang RC(christian). Start Rabu 25/02. ok keep fasting and keep rocking the world! yehaaaaaaaaaa..
chow..
-saya yang sangat cool poreber and eber-
-merapuswz saja aku nie..-
Ahad, 22 Februari 2009
Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
"I want you to know that it doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone "
Jumaat, 20 Februari 2009
besok..
my previous post, slumdog millionaire..
banyak betul 'buzz' pasal nie film. menang award sana sini. so sya download lah nie movie. best juga la..no your typical indian movie la..kurang nyanyi, kurang menari.. cerita dia pasal nie budak kena tangkap sebab disyaki menipu dalam rancangan 'who wants to be a millionaire'..syok juga la..Apa nie movie cuba kasitau ah? yang paling obvious nie movie kasitau kita yang apa yang kita lihat,dengar,experience sepanjang kehidupan kita, semua pun berguna. Syok..Tapi sya suka lagilah 'journey to the center of the earth'..baru complete download movie 'hancock'. bah itu pasal slumdog millionaire...
cerita yang palin current..lepas garisan putus putus di bawah..khahkakh
-------------------------------------------------------------------------------------
sya belajar sikit sikit sejarah form 5 untuk exam besok?? E.X.A.M?? haha..sya ingat lepas complete degree x ada sudah nie perkataan E.X.A.M.. tapi apakan daya..saya hanya insan biasa..hkahkakha..
ya..besok sya ada exam P.T.D dari S.P.A..pegawat tadbir diplomatik dari suruhanjaya perkhidmatan awam. Start jam 8 pagi sampai 5 petang. 1 hari untuk habiskan 5 sections. Ada section pengetahuan AM, Matematik, buat karangan dalam BI and BM..hurmm.susah juga..tough nie! setelah sekian lama berinternet jah + main poker + x sentuh buku, pening pening lalat juga la membaca.
Sya surfing di internet belajar balik tu simple present tense dan yang sewaktu denganya... khahka..mau guna 'was','were' pun sya bingung..belum lagi yang tahap dewa dewa punya BI. hkahkkha..tapi sekrang tau sudah lah sikit sikit lepas baca. Itu lah sya malu malu kuching mau tulis blog dalam BI nie. khahka..
next..oo sya ada isi DPLI, KPLI, ada memohon jadi lecturer kolej yang ada kaitan sama mara ( offer gaji rm2200) tapi sya x tau lah kena panggil interview kah tidak sebab main email jah resume..,and yang ini lah PTD besok. Rajin juga sya cari kerja (ONLINE).. kalau jalan jalan belum lagi..sya belajar juga..
betul juga lah orang cakap 'pembelajaran sepanjang hayat'.. yalah orang yang lebih banyak pengetahuan lebih tinggi dia pun chances dapat kerja di government. haha.. one thing beza yang sya dapat kesan antara interview di government vs Private.. government banyak tanya pasal pengetahuan am + sejarah Malaysia.. di private pula diorang terus tanya pasal kerja yang ko apply, tiada sejarah sejarah..hurmm..haha..so kalau bermimpi mau kerja di government banyakan lah pengetahuan pasal Malaysia(politik,sukan,ekonomi, sejarah)..
itu saja la.. mau sambung baca lagi sejarah form 5 nie..hkakha..then belajar BI.. n baca baca blog orang..tidak pun main poker lagi lah!
chow!
Rabu, 18 Februari 2009
Selasa, 17 Februari 2009
go 360..
it's good to be nervous..
just follow the dreams..
there's a light at the end of every tunnel..
you just need to walk or run to reach for it..
sometimes you'll need to walk alone..
don't worry, everythins going to be alright..
Isnin, 16 Februari 2009
apa ah?
oo ini bah..semua orang ada keinginan untuk sesuatu.. macam saya la. tapi keinginan saja x cukup kalau x ada usaha (macam saya juga)..
teguran untuk diri sendiri..
kena berusaha..macam kawan sya pernah cakap..
"manusia punya asa, Tuhan punya kuasa"..
kadang kadang cukup sudah kita berusaha..tapi ada orang yang lebih cukup berusaha dari kita.. jadi tugas kita..berusaha dengan seusaha usaha nya..
yala..bukan semua orang boleh jadi number 1 .. kalau saya sendiri, tidak apa jadi no 2 kalau diri sendiri sudah tahu yang kita sudah berusaha ang seusaha usahanya..
ok..haha..
ps/ saja mau kasi remind diri sendiri untuk mau berusaha..tiada kaitan antara mau isi DPLI,KPLI atau pii seat exam Pegawai Tadbir Diplomatik..okiesss.. :)
Jumaat, 13 Februari 2009
Rabu, 11 Februari 2009
update again..:)
Macam sya tau apa yang sya mau buat..
sya harap semua berjalan dengan smooth lah..
tapi macam biasa..i'll go with the flow..
tapi sekarang sya rasa sya lebih matang..
sya takut juga..tapi..ya..kalau x cuba mana tau kan??
Tagged Dari Mr.Markie Kadusss...CHeck
Tagged From Miss ANgelBear..check.
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.Have fun!
1. What is your name? Sylvester Webber Zeno
2. A four letter word: Sour
3. A boy's name: Shandy
4. A girl's name: Sandy
5. An occupation: Sailor
6. A color: Snow white
7. Something you wear: Singlet
8. A food: Sweet n sour chicken
9. Something found in the bathroom: slipper
10. A place: st.martin
11. A reason for being late: someone turn off my alarm
12. Something you shout: Silaka!
13. A movie title: Shutter
14. Something you drink: Shandy
15. A musical group: slam
16. A street name: someone's street
17. A type of car: Suzuki Swift
18. A song title: say it isn't so
19. A verb: smile
Who's in this tag?- anyone..
saja mau update..
tiba tiba rasa mau menulis..gembira ada..tension pun ada..khahka...tension lah kali nie..
ini penulisan blog masa tension..
1st..baru complete download full album secondhand serenade..deluxe edition lagi..ada bonus track 'fix you'..orginally sang by the great coldplay. tengah dengar lah nie skrg...
nanti 21hb nie mau turun kk.. post celebration for valentine's day di sana. mau pii dating sama yang tercinta dan dicintai..khakha..macam taik saja..
besok mau pii keningau..mau pii dating juga sama yang tercinta dan mencintai..
bulan 2 nie full program mau dating la..dating all the way..yeah...bila lagi..
biarpun tiada duit..khahkahkahka...
next ..
apa lagi...tiada la..kepada yang bercinta..bercinta lah sepenuh hati..serahkan segala galanya..body..mind and soul...hkkhaa...apa apa saja..duit pun bole..
next lagi...
jangan tanya sya pasal V'day nie..sya malas nie mau jawab..tiada perasaan..cinta pun tiada..saja mau pii dating ikut haluan kiri..cakap pasal kiri...kenapa dulu dulu..yang kiri mesti kunun benda yang jahat? sama lah macam warna hitam..orang kasi sama yang JAHAT..putih orang cakap warna yang suci..suci ada warna kah? hurrmm...siapa lah yang pandai pandai kasi suci tu warna putih?
next lagi,lagi...
sya sedang baca balik sejarah sejarah malaysia nie..taula government punya interview nie..banyak betul pasal sejara sejarah malaysia..hkakha.untuk persediaan saja...baca baca saja..
kalau kena tanya soalan bible? nah lagi lah habis..entah apa jah yang sya tau.. tapi sya rajin pii church. hehe.. nah..ada lagi soalan..orang yang selalu pii church tau kah apa yang kena cakap dalam bible nie? hurm..saja...hehe..kadang kadang sya malas mau dengar orang interpret isi kandungan bible sama sya..maksud sya orang yang tidak boleh dipercayai...khakhahk..yalah..mau mengajar itik(sayalah tu)..berenang..kalau macam Father kah..bishop kah..atau anyone yang boleh diharapkan..mendengar juga sya dengan penuh keinsafan..
next lagi,lagi,lagi...
bila ada perasaan benci..tarik nafas..hembus..kalau x hilang juga tu perasaan benci..apa kata pii bunuh jah apa yang dibenci tu? amacam ?? nah..tidak juga sanggup..kalau x sanggup jangan lah bah berbenci bencian nie..kasi banyak perasaan kasih sayang (x semestinya cinta!).. cakap pasal cinta..apa beza cinta n kasih syg? kalau sya sendiri lah.. cinta tu merangkumi kasih dan sayang.. tapi kasih dan sayang tu x merangkumi cinta. bah inda paham..pii kasi hantuk hantuk tu kepala sana pintu opis kah..bilik kah..khahka.(tengah menghantuk kepala sya nie)..
next lagi,lagi,lagi,lagi..
kenapa kita selalu ambil berat sama orang yang salah? maksud sya..bukan orang yang bersalah, tapi orang yang salah..iskk..kamu paham juga tu..orang yang patut kita ambil berat (orang yang betul?) kita x ambil berat..tapi orang yang bukan bukan pula yang kita ambil berat..itulah bah keindahan perasaan kita..benda yang salah itu yang kita buat..benda yang betull..pun itu juga yang kita buat..bila cakap pasal kesalahan nie..kamu terfikir kah, kalau perkataan salah itu tidak pernah kena invent kan..mesti kita semua buat perkara yang betul... lagi bila orang cakap 'kita cuma manusia biasa, tidak miss buat kesalahan'..ini statement mau kasi kita alasan supaya kita buat salah..patut orang cakap..' kita manusia biasa..kau buat salah..buat lah..siapa suruh kau budu!"..hkakhkha
next lagi,lagi,lagi,lagi,lagi....
saja mau cakap..dulu mahathir pernah cakap "melayu mudah lupa"..dengan terbukanya "melayu mudah lupa" nie jadi macam satu tagline sini negara kita.. cuba imagine kalau sia Karpal singh yang cakap? apa yang akan terjadi? kakhahka..sebenarnya sentimen perkauman di negara kita nie masih lagi ada..cuma tidak kelihatan..contoh..si karpal singh mau saman siapa tu? sultan siapa nama dia tu?hurmm..then ada banner keluar di TV3 tadi sia tengok berita.. 'karpal singh anak haram!"..something macam tu la..hurmm..pemuda umno yang buat..hurmm lagi..sya x tau siapa yang lagi bodoh..karpal singh yang mau saman sultan..atau pemuda umno yang kasi keluar banner macam tu..budu nie..biar mahkamah jah lah yang tentu hukuman..kalau saja mau glamer tu pemuda umno bagus pii ikut realti tv atau KE next top entertainer kah? kan markie....hehe
next lagi,lagi,lagi,lagi,lagi,lagi...
apa lagi..sekarang sya ada kebebasan untuk pilih jalan hidup sya sendiri...isi mau jadi guru..pii seat exam PTD (spa)...banyak lagi...oo ya..driving laju laju..semua bebas sya buat..dan ada yang sya sudah buat ada juga yang belum..rajin pun sudah sya buat. malas lagilah banyak kali sya buat.
next lagi..
kenapa mesti kau x boleh lari dari fikiran sya! tolong..lari..skrg lari jauh jauh...sanaaaaa ranau kah...malas sya mau sumpah sumpah orang nie...nah sya benci sudah kau dii! jadi sya ada dua pilihan, antara sya pii bunuh jah kau (sebab sya benci nie)..atau sya kasi hilang jah benci sya sama kau..make peace with my feelings..
obvious betul dia punya choice o..'make peace with my feelings'..sebab bukan sya berani pun pii bunuh kau...nanti kesian keluarga kau..kesian keluarga sya.. paling kesiannn siapa? nah soalan lagi...paling kesian saya lah..sebab membenci org yang dibenci tapi orang yang dibenci itu tidak menyedari dia dibenci oleh orang yang membenci dia..khahka
apa apa pun world peace!
ps/ tiada ps..saja..dengar lagu secondhand serenade..full album..deluxe edition..12.35 malam sudah..x dapat tidur..
ps/ o begini pula cara penulisan sya kallau sya agak tension..entah apa yang si webber tension nie pun sya x tau..tiba tiba nie..budu..ada kali hantu nie dakat sya..hahaa...tidur sama mama + bapa sya lah nie malam..ok chowss...kahakakhhkahka..peace :)
Selasa, 10 Februari 2009
1 week later..
jennifer hudson and her grammy's performance...standing ovation..! my summary of the grammy's yesterday..
so apa kabar sya skrg? macam biasa..tapi banyak yang berubah. berubah yang bagus la. satu benda yang sya suka pasal sya skrg, benda baik yang sya mau buat..sya terus buat. x pikir pikir lagi. haha..kalau mau berfikir lagi..tambah malas tu..
sya kena tarik nafas, hembus. haha...relax jah.
banyak benda sya kena belajar.
maksud sya, bila banyak time 'free' nie.. inila masa dia mau tengok apa yang baik, apa yang x berapa baik dalam diri kita nie..
itu saja la. banyak benda yang bodoh sya buat. tapi perkara sudah berlaku kan..biar berlalu lagi. jadikan satu pengajaran.
susah juga sebenarnya kalau ada di kampung nie.. dimana mana kita mau jalan, jumpa kawan lama.. malu juga sebenarnya bila diorg sudah kerja and sya belum. ya la..macam itu lah tu. haha.
bila sya fikir balik..banyak benda baik yang sya pernah nampak, tapi tidak pernah fikir pasal benda benda tu.. jadi time nie lah sya mau pikir balik.
apa lagi.. ya sya masih dirumah. ok. family sya ok.. banyak senyuman..ketawa..kadang kadang gaduh. haha..
......apa lagi ah? ya..sya berdoa yang terbaik saja nie... ya banyak betul benda sya mau belajar pasal 'kehidupan' nie.. kena rajin lagi..haha.
ps/ sekarang rajin sudah..nanti mau tambah rajin..harap harap..semua pun baik.. :)
Rabu, 4 Februari 2009
fikir dan buat keputusan.. :)))
fikir and buat keputusan.
tajuk lecture sya hari nie. kakhakkhaa..
haha..bah sya mau merapu jah nie..
ok..bila kita mau buat keputusan..banyak faktor yang kita perlu lihat.
selalunya..keputusan kita tu bagi kita banyak kebaikan atau pun keburukan.
memilih? satu lagi yang graduan macam sya selalu kena 'marah'.
statement standard dari government " Ramai Graduan menganggur sebab terlalu memilih kerja? " ... ya sya sekrang memilih lah nie. ada satu peluang depan mata..tapi macam tidak berbaloi saja.
ok. Dulu statement sya sama kawan sya " sya mau cari experience dulu baru mau pii cari 'real job'.." definisi 'real job' untuk sya..bila sya kena bayar gaji ribu ribu. yala yang setara sama degree yang sya pegang lah ( memilih?)
sya malas main hentam hentam saja bah skrg. 2009 adalah tahun yang sya target untuk buat banyak duit. sambil kerja la. bukan buat duit and berkangkang kangkang dirumah. haha
ego pun memainkan peranan besar dalam memilih sesuatu nie. macam juga kalau mau pilih cincin kahwin (kan siti)..mana boleh pilih yang di bawah rm 500.. mesti mau yang ribu ribu.. ( haha no offence to others yang cincin kahwin dia harga ratus ratus saja)..yups..welcome to the real world..
and yang paling penting.. kau punya perasaan. kita punya happiness.. haha. ya..siapa mau suffer? mesti happy. apa macam berat pun sesuatu yang kita kena buat tu..tapi kalau itu kita punya passion ( passion number one! go go! go away..hahaha) kita akan terima atau buat saja.
tapi kalau sudah lah kita x suka..tapi kena buat..suffer lah tu..haha..apa guna hidup kalau suffer jah...
mesti ada orang cakap " buat saja...bila ada yang lebih bagus..baru ambil"..statement standar lagi..one thing yang sya belajar sepanjang hidup sya nie..khakha..bukan lah sya belajar..tapi quote yang sya suka lah.. " bila kita buat sesuatu..buat dengan cara yang betul..supaya kita tidak buat dia berulang ulang kali"...hurmm..dari bos lama sya bah tuh sebenarnya.. you do it right at the 1st place bilang dia..
hurmm..lepas tu kena fikir lagi pasal manipulation.. ramai org diluar sana yang bijak memanipulasikan orang lain.. yalah..dia nampak kemampuan terpendam..dia gunakan sebijak bijaknya untuk kebaikan diri dia.. hurmm..itu ciri pemimpin yang sebenar sya rasa. tapi morally speaking..guna and bayar with the right price( hahah..)..
yalah kalau jadi perempuan-pemuas-nafsu or..lelaki-pemuas nafsu..haha..service bagus..bayaran pun mesti kena bagus kan...ehem!..
itulah..akhirnya..semua terpulang sama kebijaksanaan masing masing. kalau kau sanggup..sanggup lah kau..kalau tidak sanggup..tidak sanggup lah kau..semua keputusan pun terletak di tangan sendiri..
hurmm..sya cakap untuk diri sendiri nie..tiada kaitan antara mau jadi gigolo atau tidak..khahkakha...chow.. :).. merapu lagi si webber.. :)
Isnin, 2 Februari 2009
Tagged by AngelBear
ahha..lama sudah si angel tag sya nie(14/01/2009 lagi) ..tapi baru skrg sya rajin buat..hehe..sorry angel :)
Berikut adalah syarat-syarat Tag:
Tulis -
1. Nama samaran yang digunakan di internet
2. Tulisan boleh guna tangan kanan atau kiri
3. Huruf yang suka ditulis
4. Huruf yang tak suka ditulis
5. Tulis ayat berikut " The quick brown fox jumps over the lazy dog "
6. Tag lagi 5 orang
ps/sorry for the low quality picture..harap harap bole nampak juga tulisan sya yg handsome boy tu..hkahkhak :D