Ahad, 23 Januari 2011

pada satu hari..

Pada satu hari..
huhu..hari tu sya bagi murid2 sya kerja rumah. Ejaan saja pun. Kalau betul semua dapat rm1. kalau 1 salah tolak 10sen. Sya pun x tau teknik nie berkesan atau tidak. Tapi nampak murid2 sangat bersemangat mendengar dengan teliti dan berusaha memberikan ejaan yang betul. Sya belum semak lagi kerja rumah diorg. Malam sikit la.. :D
Tapi takut2 juga nie, menyemaikan nilai yang tidak baik untuk murid2 nie. Yala, nanti satu hari, diaorang cuma buat kerja dengan bersungguh-sungguh bila ada ganjaran yang kelihatan. Ganjaran macam belajar bersungguh2 untuk masa depan yang cerah, diorg tidak nampak pula.

Ada masa malas, tapi saya kelihatan rajin. Maksud dia, macam sibuk saja buat kerja(memang pun sibuk). huhu.. bah. ada tu cikgu cakap, " dapat guru cemerlang lah kau nie webber". x tau sindiran atau motivasi. Jadi saya anggap itu adalah motivasi. hahha.

jadi lepas nie mengajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dapat lagi jawatan kuli pungut duit(bendahari) untuk satu persatuan guru-guru daerah tambunan. Mula2 kena calon Pengerusi. Tapi Kalah dengan teruk, jadi kena kesian2, jadilah saya seorang bendahari. Tahniah juga la untuk diri sendiri. kikiki..

bah.. itu saja. bubyee.

Selasa, 18 Januari 2011

gambar2 terkini kunun :D







Rabu, 12 Januari 2011

Paling buduh sukan..

Sukan antara sekolah-sekolah di Zon 1 Tambunan bakal berlangsung pada 27hb January 2011 dan bertempat di Kompleks sukan Tambunan. Acara dijangka bermula pada jam 7.30am-5.30pm. Semua dijemput hadir. :D

Iklan diatas tidak mendapat tajaan dari nuffnang.

Bila berblogkan pasal sukan, inilah(menunjuk pada diri sendiri) orang yang palinggggg buddddduu sukan. Cakap saja apa jenis sukan, semua pun sya tidak pandai main. :D Tapi dapat A juga masa di maktab. Ping pong dapat no 3, olahraga sya ada lari 4x100m(walaupun terserlah kekalahan). Tapi disekolah saya, sayalah yang paling budddddduu nie sukan. sebab sukan yang saya pandai main, tidak ditawarkan di sekolah tempat saya mengajar. :(
Bolasepak(wakakakakakkaka), Bola tampat( lagilah wakakakakakkaka), sepak takraw(lagilah lagilah wakakakkaa), ya itu saja jenis sukan yang kena main di sekolah. jadi saya 1 pun buduh. Jadi bila masa sukan ini perlu dimainkan oleh guru-guru bersama ibubapa, saya jadi refree saja. :D

skrg tengah sibuk latihan sukan disekolah saya yang hanya mempunyai lebih kurang 17orang peserta. semua 16orang peserta ini adalah jumlah keseluruhan tahap 2 disekolah tempat saya mengajar. Maksud dia, Tahun 4 + Tahun 5 + tahun 6 = 17 orang. banyak kan? :D. biarpun begini keadaan dia, sya rasa murid2x lagi untung. sebab mau tidak mau, diaorg semua kena ikut at least 1 acara sukan. :D. peringkat Zon 1 bah nie. Kalau sekolah besar, kena saring-saring lagi murid-murid dia untuk wakil sukan di peringkat nie, tapi di sekolah saya, semua WAJIB masuk. :D. Tahniah murid-murid Sk.Monsok Tengah Tambunan. Anda semua layak mewakili sekolah :D.

di atas kertas, saya adalah antara 3 orang guru yang bertanggungjawab melakukan pemilihan murid untuk acara lompat pagar. Atas kertas sajalah, tapi yang sebenarnya yang memilih itu adalah guru yang lain. :D. jadi apalah kesimpulan dia.? tolong menolong amalan mulia. :D

Rancangan Pengajaran Harian. Paling penting dalam kehidupan seorang guru sekolah. Mesti + wajib buat, untuk setiap saat persekolahan. Apa yang sya mau cerita disini, RPH saya buat lain didalam buku rekod, tapi lain bila melaksanakan dikelas. Apa macam tu ah? macam stacy AF nyanyi lagi siti nurhaliza. Kedua-duanya hebat dalam genre masing-masing, bila perform pun hebat juga. Maksud? stacy Af(RPH), siti nurhaliza( Pengajaran dalam kelas). Biarpun RPH lain dari pelaksanaan dlm kelas, kedua-duanya tetap mantap. bingung? samalah sini. :D

itu sajalah hari nie. mau buat stacy af dulu. Tapi besok dalam kelas guna siti nurhaliza. :D

bah sehingga kita berjumpa di rapuan akan datang. bubyeee.:D

Isnin, 3 Januari 2011

Lalu saya menyedari sesuatu....

"saya mau pindah sekolah"...

bukan saya la.. saya cukup senang hati sudah disekolah sya skrg nie. cabaran2 yang sikit2 itu boleh ditolak ketepi. :D.. yang mau pindah tu kawan-kawan yang dapat jauh dari kg. halaman diaorg.

bila diorg cakap macam tu(on their fb status), sya rasa sangat bersyukur dapat di daerah sendiri nie. berkhidmat untuk anak bangsa sendiri. :D. maka dengan ini saya mengisytiharkan diri saya menjadi antara penyumbang kepada anak-anak bangsa. Sebab kadang2 ada masa, sya terlupa yang saya sebenarnya seorang guru yang mempunyai tanggungjawab yang sangat-sangat besar.

Ada masa, saya mengajar, macam murid2 tidak ambil kisah. Mungkin teknik sya kurang berkesan pada masa itu. Tiba2 hilang semangat, teda mood mau mengajar. Itulah pasal, kadang2 saya lupa yang saya adalah seorang guru.

Kesilapan saya, bila mau tidur, baru buah rancangan pengajaran harian. jadi ABM(alat bantu mengajar) pun tiada, apa macam mau kasi PnP(pembelajaran dan pengajaran) menarik dan sangat berkesan kan.

hurmm.. baru tadi dapat surat pengesahan perlantikan, lepas nie mau tunggu surat pengesahan dalam perkhidmatan. Bulan 8 tahun lalu jadi cikgu, jadi bulan january nie, 16/01/01 genap 5 bulan mengajar...dan saya masih dalah proses menjadi seorang guru yang baik dan mantap dan hensemboi. :D

mudah-mudahan sya sentiasa ingat yang saya adalah seorang guru, dan seorang guru yang baik tidak akan meninggalkan pelajarnya jauh ketinggalan. :D

-end-

Ahad, 2 Januari 2011

ke arah mematangkan diri..

Sedar atau tidak, sebagai seorang yang bergelar pendidik, murid merupakan 'tuan besar' mereka. Tanpa adanya murid, tidak akan wujudnya sekolah, seterusnya tidak akan wujud profesion kependidikan ini. Maka saya tidak akan ada gaji. :D

haha..wah.! Pendahuluan karangan yang baik sekali!..:D. Cerita sebenar adalah, sebab saya baru balik dari sekolah, dan menghias bilik darjah. Tahun 5 to be exact. Sebab sya kan Guru Kelas diorg :D. Cantik juga la. puas hati juga. Huhuhu. Mula2 rasa macam plan tidak akan jadi, tapi akhirnya kelas kelihatan semakin berkualiti( ikut hati mau tampal gambar sin chan). haha.

jadi selepas ini, mau menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan( sebenarnya tinggal print out lagi). Besok buka sekolah.! hehe. habis cuti, kembali menjadi seorang guru. Rambut potong(check), baju + seluar sudah sedia (check), Motorsikal sudah full isi minyak (check),Rpt (check), jadi tinggal mau buat RPH lagi sebenarnya. Tapi jadual waktu belum ada, jadiii, buat lah untuk subjek2 yang diajar. Buat sedia la, sebab cikgu kan? :D

Musuh ketat cuma cuaca, sebab bila cuaca hujan, kemungkinan yang amat besar, terpaksa menolak motor dari bawah ke atas bukit, kemudiannya menghadapi risiko jatuh apabila menuruni bukit yang licin dan berlubang2 itu. Itu saja cabarann yang paling besar.

Mengajar? hurmm.. ok. budak dengar cakap, senang kerja. yang penting aktviti mesti paling menghiburkan. :D

ps/ o ya mau kumpul rm14K before bulan july2011. Saya cuba sehabis baik. :D

Sabtu, 1 Januari 2011

1st post of 2011

“Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have, you will never, ever have enough.”
- Oprah Winfrey

true enough,but then again, did oprah thought abt this 'quote' before or after she became successful.?question?.

Perlahan-lahan kita semakin matang(mudah-mudahan). Sejak akhir-akhir nie sya selalu menggunakan perkataan ' biasalah diorg, org muda-muda', macam lah saya nie tidak muda. :D
27thn, july nanti 28. Wah.. Ok sebelum saya menyambut hari lahir yang ke28(mudah-mudahan Tuhan kasi panjang umur saya, murah rezeki. Amen), saya mau beli satu laptop HP ENVY (rm7K++) sebagai birthday present untuk diri sendiri. Susah juga tu kumpul duit, lebih kurang rm1200 sebulan. haha..biasalah saya, dapat gaji saja, habis entah pigi mana. jadi saya akan mengumpul duit gaji untuk beli itu laptop. :D

satu lagi, saya mau tambah at least rm7K dalam akaun simpanan tetap. Jadi sebelum birthday yang ke-28 saya kena kumpul rm14K. Wahhhh? bulih kah tu ah?.. tunggu dan lihat lah kan?.. hehhee..

ditahun baru ini, saya harap(dan kalau dapat mau jadi) lebih tenang dalam menghadapi segala situasi terutama ketika marah,sebab sya nei ada 'gempengus' banyak, sya mau jadi cikgu yang lagi hebat, dan menjadi lebih kacak(wakakakaka!). mana tau, suntik botox sana sini, mau paitung tu lubang2 dimuka. :D.

..Dan di tahun baru ini juga, sya berdoa sama Tuhan agar panjang usia,tambahkan rezeki, pertemukan jodoh,diberikan kesihatan yang baik, didekatkan dengan orang2 yang berhati baik, dan sentiasa diberkati olehNya, untuk kedua orang tua saya(dipertemukan jodoh ganti di panjangkan jodoh), untuk Kakak2 saya, Untuk adik2 saya, untuk diri saya sendiri dan untuk anda semua. Amen. :D