Isnin, 3 Januari 2011

Lalu saya menyedari sesuatu....

"saya mau pindah sekolah"...

bukan saya la.. saya cukup senang hati sudah disekolah sya skrg nie. cabaran2 yang sikit2 itu boleh ditolak ketepi. :D.. yang mau pindah tu kawan-kawan yang dapat jauh dari kg. halaman diaorg.

bila diorg cakap macam tu(on their fb status), sya rasa sangat bersyukur dapat di daerah sendiri nie. berkhidmat untuk anak bangsa sendiri. :D. maka dengan ini saya mengisytiharkan diri saya menjadi antara penyumbang kepada anak-anak bangsa. Sebab kadang2 ada masa, sya terlupa yang saya sebenarnya seorang guru yang mempunyai tanggungjawab yang sangat-sangat besar.

Ada masa, saya mengajar, macam murid2 tidak ambil kisah. Mungkin teknik sya kurang berkesan pada masa itu. Tiba2 hilang semangat, teda mood mau mengajar. Itulah pasal, kadang2 saya lupa yang saya adalah seorang guru.

Kesilapan saya, bila mau tidur, baru buah rancangan pengajaran harian. jadi ABM(alat bantu mengajar) pun tiada, apa macam mau kasi PnP(pembelajaran dan pengajaran) menarik dan sangat berkesan kan.

hurmm.. baru tadi dapat surat pengesahan perlantikan, lepas nie mau tunggu surat pengesahan dalam perkhidmatan. Bulan 8 tahun lalu jadi cikgu, jadi bulan january nie, 16/01/01 genap 5 bulan mengajar...dan saya masih dalah proses menjadi seorang guru yang baik dan mantap dan hensemboi. :D

mudah-mudahan sya sentiasa ingat yang saya adalah seorang guru, dan seorang guru yang baik tidak akan meninggalkan pelajarnya jauh ketinggalan. :D

-end-

3 ulasan:

AngeL BeaR berkata...

hehhee..selamat bertugas sigu... =)

kukuanga berkata...

hi there!
Happy New Year. semoga semua azam and wishes for this new year come true.

bah bila mua belanja?

merapuswz@webber berkata...

angel_bear : u tooooooo.. selamat dalam segala yang kau buat juga. :D

Kukuanga: ya, sya pun harap semua azam bulih tercapai nie!.. belanja? bah apa kata time sya kawin sya hantar kad jemputan, buli makan freeeeee. :D